Turkiye Dijangka Alami Kerugian Lebih RM152 Bilion Akibat Gempa – Bank Dunia

kerugian gempa turkiye

Turkiye Dijangka Alami Kerugian Lebih RM152 Bilion Akibat Gempa – Bank Dunia

Bank Dunia menjangkakan Turkiye mengalami kerugian sebanyak USD 34 bilion (RM152 bilion) akibat gempa bumi kuat yang melanda awal bulan lalu, lapor Money Control.

Jumlah itu dilaporkan bersamaan dengan empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Turkiye pada 2021, kata institusi yang berpangkalan di Washington itu.

Bagaimanapun kos itu tidak termasuk dengan jumlah kos pembinaan semula yang nilainya berpotensi menjadi dua kali ganda lebih besar.

Anggaran itu juga tidak mengambil kira kerosakan yang berlaku di utara Syria yang juga terjejas akibat gempa bumi itu. Bank Dunia akan mengeluarkan anggaran kerosakan kos di Syria pada Selasa.

Bank Dunia memberi amaran bahawa gegaran susulan yang berterusan berkemungkinan meningkatkan jumlah kerosakan akibat bencana itu.

“Bencana ini berfungsi sebagai peringatan tentang risiko tinggi Turkiye terhadap gempa bumi dan keperluan untuk meningkatkan daya tahan dalam infrastruktur awam dan swasta,” kata Humberto Lopez, Pengarah Negara Bank Dunia untuk Turkiye.

Selain itu, Bank Dunia juga menganggarkan bahawa 1.25 juta orang telah kehilangan tempat tinggal buat sementara waktu akibat kerosakan bangunan kediaman.

Institusi itu juga menambah bahawa kerosakan langsung kepada bangunan kediaman menyumbang kepada 53 peratus daripada anggaran itu.

Sementara itu, sebanyak 28 peratus lagi kerosakan di bangunan bukan kediaman dan selebihnya dalam infrastruktur seperti jalan raya dan jambatan.

Terdahulu, Kementerian Kehakiman Turkiye mengesahkan hampir 200 individu ditahan kerana didakwa terlibat pembinaan bangunan yang lemah berikutan gempa bumi dahsyat awal bulan ini.

Memetik CNN, kira-kira 50,000 orang terbunuh di seluruh Turkiye dan Syria selepas gempa bumi melanda pada 6 Februari lalu.

Kementerian itu berkata bahawa 626 orang menjadi suspek selepas bangunan runtuh sepenuhnya atau rosak teruk berikutan gempa bumi.

Dalam pada itu, beberapa suspek dilaporkan maut dalam gempa bumi sementara polis masih memburu yang lain.

Pada Sabtu, Menteri Kehakiman Turkiye Bekir Bozdag berkata bukti berkaitan kelemahan bangunan telah dikumpulkan di beribu-ribu bangunan.

Difahamkan, lebih daripada 5,700 bangunan di Turki telah runtuh, menurut agensi bencana negara itu.

Susulan itu, siasatan telah dilakukan dengan menyiasat mengenai integriti struktur di beberapa kawasan di wilayah yang terjejas.

Sumber: Money Control

The post Turkiye Dijangka Alami Kerugian Lebih RM152 Bilion Akibat Gempa – Bank Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*