Twitter Mungkin Diketuai CEO Baharu Akhir Tahun Ini – Elon Musk

twitter ceo baharu

Twitter Mungkin Diketuai CEO Baharu Akhir Tahun Ini – Elon Musk

Pemilik platform media sosial Twitter, Elon Musk memaklumkan bahawa Twitter berkemungkinan diambil alih oleh pemilik baharu atau Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) lain menjelang akhir tahun 2023, lapor AFP.

Musk berkata demikian sewaktu persidangan Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia di Dubai melalui video.

“Saya rasa mungkin menjelang akhir tahun ini merupakan masa yang terbaik untuk mencari pengganti lain bagi menguruskan syarikat.

“Tetapi saya perlu menstabilkan syarikat dan memastikan ia berada pada tahap yang ‘sihat’. Selain itu, pelan hala tuju produk juga perlu dibentangkan dengan jelas.

“Saya fikir perkara ini mungkin dapat dicapai pada akhir tahun ini,” katanya.

Beliau juga telah memberikan bayangan kriteria pemimpin yang dimahukannya. Sebelum ini, Musk mengumumkan bahawa telah merancang untuk melepaskan jawatan itu sebagai CEO pada 21 Disember lalu.

Tambah Musk, dia mahu mengehadkan tugasnya kepada bidang perisian dan kejuruteraan. Hal ini kerana, sejak mengambil alih Twitter, syarikat Tesla telah mengalami penurunan saham.

twitter ceo baharu
Gambar: Karim Sahib/AFP

Walaupun mengalami pelbagai kesukaran, Musk menggalakkan kakitangannya untuk lebih banyak berkomunikasi.

“Sebagai platform untuk berkomunikasi, ia bagus. Namun, saya menggalakkan lebih banyak interaksi dengan bercakap menggunakan suara,” katanya.

BACA JUGA: Twitter Panggil Semula Pekerja Lama Selepas ‘Buang’ Secara Drastik

Terdahulu, Elon Musk telah membayar sejumlah RM193.3 bilion ($44 bilion) untuk membeli Twitter pada 27 Oktober tahun lalu.

Difahamkan, pembelian itu dibuat bagi menepis kritikan yang dilontarkan terhadapnya yang disyaki mengabaikan kerja khususnya dalam syarikat Tesla.

Bagaimanapun, sejak menganbil alih Twitter sepenuhnya, platform itu mengalami pelbagai masalah dalaman termasuk pemberhentian pekerja dalam skala yang besar.

Menurut sumber utama Twitter, platform itu juga menjadi medium menyebarkan ciapan berbaur perkauman atau kebencian. Susulan itu, pegawai selia dan pengiklan besar memandang serius mengenai perkara itu.

“Ia melonjak seperti rollercoaster,” jelas Musk sewaktu persidangan di Dubai.

Pada minggu lalu, ribuan pengguna Twitter melaporkan mengalami masalah terhadap media sosial itu ekoran rangkaian sosial membenarkan pengguna berbayar menyiarkan ciapan dengan jumlah 4,000 perkataan (aksara).

Sumber: AFP via Barrons

The post Twitter Mungkin Diketuai CEO Baharu Akhir Tahun Ini – Elon Musk appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*