UFO dipercayai terbang berhampiran gunung berapi aktif di Mexico

BANDAR RAYA MEXICO – Sepasang kekasih peminat hobi fotografi terkejut melihat kehadiran objek terbang dikenali (UFO) ketika merakam gambar sebuah gunung berapi aktif di tengah Mexico, lapor portal berita DailyMail.com semalam.

Karla Garcia memberitahu portal berita itu bahawa teman lelakinya, Luis Guerra bangun awal pagi baru-baru ini di rumah mereka di Atlixco, Puebla untuk menyediakan sarapan awal pagi apabila mereka terdengar bunyi letusan gunung berapi Popocatepetl.

Kata Karla, Guerra mengambil telefon bimbitnya dan mula merakamkan gambar dan video dan menumpukan perhatian pada bulan purnama yang kelihatan di tepi gunung itu.

“Dia kemudian menghantar foto itu kepada saya menerusi WhatsApp dan apabila saya bangun, saya melihatnya dan berkongsi (gambar itu) di status WhatsApp saya,”’ kata Karla.

Namun, Karla yang kekal berada di katil mula menerima mesej daripada rakan-rakan memberitahunya tentang objek yang kelihatan seperti sebuah UFO sedang terbang berhampiran gunung berapi itu.

“Ekoran teman lelaki saya bukan peminat rangkaian sosial, saya bertanya kepadanya sama ada saya boleh memuat naik fotonya ke Twitter dan dia berkata, ya,’ tambah García.

Dia kemudian melampirkan gambar tersebut kepada seorang wartawan tempatan yang terus berkongsi imej itu di rangkaian tempatannya sebelum ia menjadi tular di media sosial. – Agensi

 

The post UFO dipercayai terbang berhampiran gunung berapi aktif di Mexico appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*