UK Sekat Penggunaan TikTok Dalam Peranti Kerajaan

UK Sekat TikTok

UK Sekat Penggunaan TikTok Dalam Peranti Kerajaan

UNITED KINGDOM — Kerajaan United Kingdom (UK) mengumumkan sekatan terhadap penggunaan aplikasi TikTok dalam peranti kerajaan atas faktor keselamatan, lapor AFP.

Menteri Kabinet, Oliver Dowden sewaktu di parlimen berkata langkah tersebut telah berkuatkuasa serta merta. Ia selaras dengan inisiatif yang diambil oleh Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat.

Tambah Oliver, pihak berkuasa barat juga telah mengambil pendekatan tegas terhadap aplikasi milik firma Bytedance dari China itu. Hal ini kerana kebimbangan data pengguna bakal terdedah dan disalahgunakan oleh pegawai dari negara berkenaan.

UK Sekat TikTok

“Hasil ujian penilaian risiko oleh pakar mendapati, aplikasi itu terdedah dengan data sensitif kerajaan terhadap pihak ketiga. Sebagai langkah keselamatan, peranti kerajaan hanya akan dibenarkan mengakses pada senarai yang dipra-lulus.

Larangan tersebut juga dikenakan kepada peranti yang digunakan oleh ahli korporat kerajaan termasuk jemaah menteri. Bagaimanapun, aplikasi TikTok tiada masalah dan boleh digunakan dalam peranti peribadi.

“Pengguna dinasihatkan untuk berhati-hati sebelum memuat turun aplikasi itu. Ia sebagai langkah berkadar,” maklum Oliver lagi.

Dalam pada itu, Syarikat ByteDance sebelum ini telah menegaskan bahawa ia tidak menyimpan atau berkongsi data di China. Tambahan lagi, Kementerian Luar Negeri yang berpusat di Beijing menyeru agar Washington berhenti melontarkan tuduhan yang tidak munasabah terhadap aplikasi itu.

BACA JUGA: TikTok Tetapkan Had Masa Skrin Bagi Pengguna Bawah 18 Tahun

Jurucakapnya, Wang Wenbin sewaktu memberitahu pemberita berkata, Amerika Syarikat gagal membuktikan bahawa TikTok mengancam keselamatan negara mereka.

Sejak keluar dari Kesatuan Eropah (EU), UK  sedang mencari pasaran dan pengaruh baharu Asia untuk menentang China.

Antara pendekatan yang diambil  oleh kerajaan itu adalah membuat pengukuhan agensi keselamatan. Ia bertujuan untuk meningkatkan daya tahan kritikal infrastruktur.

Terdahulu, UK telah mencetuskan perbalahan dengan negara tembok besar China itu selepas mengharamkan penglibatan syarikat teknologi, Huawei dalam pelancaran rangkaian 5G.

Ia juga dipercayai telah menyekat China daripada mengambil alih syarikat elektronik UK dan membawa keluar general nuklear China daripada pembinaan stesen janakuasa baharu.

Sumber: AFP 

The post UK Sekat Penggunaan TikTok Dalam Peranti Kerajaan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*