UMNO lantik 6 Menteri Angkat hadapi PRN

KUALA LUMPUR – UMNO bakal melantik Majlis Tertinggi (MT) dan enam Menteri Angkat bagi setiap negeri terlibat Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi dalam usaha memastikan fokus dan strategi gerak kerja dapat disusun dengan baik.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, enam negeri terlibat dalam PRN kali ini iaitu, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Pulau Pinang.

“Bagi Negeri Sembilan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan akan diberi tanggungjawab, Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid, Terengganu pula adalah Naib Presiden, Datuk Seri Khaled Nordin.

“Sementara di Kelantan, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Pulau Pinang – ‘iron lady’ kita, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Selangor, adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Penggulungan Ucapan Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Sementara itu, bagi tujuan penyelarasan, Majlis Tertinggi juga telah bersetuju, Penyelaras Operasi Pilihan Raya Negeri bagi enam negeri yang akan diadakan tidak lama lagi adalah Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. – KOSMO! ONLINE

The post UMNO lantik 6 Menteri Angkat hadapi PRN appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*