UMNO teliti sebarang tindakan disiplin terhadap KJ

KUALA LUMPUR – UMNO akan meneliti sebarang tindakan disiplin terhadap bekas Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menuduh terdapat komplot ‘Dewan Merdeka’ untuk menyokong usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan dibincangkan oleh Lembaga Disiplin UMNO bagi menentukan nasib Khairy Jamaluddin.

“Itu satu perkara lain yang akan diperbincang oleh lembaga disiplin parti dan dibawa ke jawatankuasa pengurusan yang dipengerusikan bekas Ketua Bahagiannya (Datuk Seri Mohamad Hassan),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) di sini hari ini.

Beliau turut menjelaskan, tiada mana-mana individu boleh memasuki dewan berkenaan selagi tidak mempunyai kad rasmi perwakilan.

“Mana boleh masuk kalau tak ada kad ini,” jelasnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan bekas Ahli Parlimen Rembau itu mendakwa wujud komplot ‘Dewan Merdeka’ bertujuan meluluskan usul tambahan dua jawatan tertinggi UMNO yang tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang.

Khairy Jamaluddin mendakwa, beberapa tanda nama yang dikhaskan untuk perwakilan UMNO pada kerusi dalam Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, telah ditanggalkan untuk undian usul pada petang ini sempena PAU2022. – KOSMO! ONLINE

The post UMNO teliti sebarang tindakan disiplin terhadap KJ appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*