“Unbowed, Unbent, Unbroken,” Tweet Khairy Selepas Dipecat Dari UMNO

Unbowed, Unbent, Unbroken,” Reaksi Khairy Selepas Dipecat Dari UMNO

Bekas ketua Pemuda (United Malay National Organization) UMNO, Khairy Jamaluddin telah dipecat daripada parti tersebut malam tadi.

Berita pemecatan bekas Menteri Kesihatan ini telah memberikan kejutan besar dalam dunia politik di Malaysia, terutamanya bagi rakyat yang sentiasa mengikuti perkembangan beliau.

Tidak lama selepas pemecatannya dari parti tersebut, Khairy telah membuat satu ciapan yang dipercayai sebagai respon  terhadap keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu.

”Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan. Unbowed, unbent, unbroken.” tweet beliau.

Dalam ciapan tersebut, beliau seolah-olah kesal dengan keputusan itu walaupun sudah menzahirkan kesetiaan hampir 25 tahun kepada parti.

Pada masa yang sama, Khairy juga kelihatan tidak patah semangat dengan menegaskan dirinya “unbowed, unbent, unbroken” dengan berita tersebut.

Ciapan tersebut telah meraih jumlah views sebantak 1.3 juta, 11.7k ulang kicau, 1,803 balasan serta 22.2 tanda suka.

Kebanyakan rakyat Malaysia membalas ciapan tersebut dengan ucapan takziah dan memberikan kata-kata semanagat terhadap ahli politik sebut.

Selain ciapan tersebut, Khairy turut dilihat telah menukar kenyataan pada biografi di profil Twitternya.

Selain tweet berkenaan, Khairy juga telah menukar bio di akaun Twitternya kepada Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan.

Difahamkan, beliau menyandang jawatan tersebut setelah menggantikan Datuk Baharin Mohamed yang memilih untuk memberi laluan kepada muka baharu pada 2020.

Terdahulu, MKT UMNO dilapor turut memecat bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar daripada parti tersebut.

Perkara tersebut dapat disahkan menerusi ciapan dibuat akaun Twitter rasmi Sinar Harian semalam.

Dalam ciapan tersebut, empat lagi ahli UMNO yang lain turut dilaporkan digantung keahlian.

Mereka yang digantung keahliannya adalah Shahril Hamdan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang dan Datuk Salim Shariff.

Dalam pada itu, dilaporkan bahawa Datuk Seri Khaled Nordin bakal menggantikan Datuk Hasni Mohammad sebagai Pengerusi UMNO Johor.

BACA: Karier & Jawatan Yang Pernah Disandang Khairy Jamaluddin Dalam Dunia Politik Malaysia

Sumber: Khairy Jamaluddin via Twitter

 

The post “Unbowed, Unbent, Unbroken,” Tweet Khairy Selepas Dipecat Dari UMNO appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*