UPSI sumbang lampu solar untuk surau di Bagan Datuk

BAGAN DATUK – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) menyumbang lampu berkuasa solar kepada Surau Al-Ihsaniah Parit 9, Kampung Sungai Pergam, di sini.

Sumbangan tersebut diserahkan semasa majlis doa selamat dan kesyukuran sempena perasmian surau yang selesai pembinaannya, hari ini.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Norkhalid Salimin, sebanyak empat buah lampu berkuasa solar tersebut akan dipasang di kawasan jalan raya berhampiran kawasan surau sebagai membantu penambahan pencahayaaan untuk kemudahan jemaah ke surau.

“Penggunaan lampu solar bukan saja dapat membantu masyarakat sebaliknya penggunaan lampu solar cekap tenaga tanpa perlu melakukan pendawaian elektrik sekaligus dapat memanfaatkan teknologi pembaharuan semula tenaga yang lebih hijau di kawasan luar bandar,” katanya di sini, hari ini.

UPSI turut menyumbangkan jam dinding azan takwim solat bagi semasa majlis tersebut.

Beliau berkata, selain Surau Al-Ihsaniah Parit 9, pihaknya turut menyerahkan sebuah lampu berkuasa solar kepada Surau Al-Khairiah Al-Diniah Parit 5 dan dua buah unit lampu berkuasa solar kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam di sini.

Wakil Surau Al-Ihsaniah Parit 9, Zainal Abidin Tukiman, menzahirkan penghargaan kepada UPSI atas bantuan dan usaha murni yang dilakukan dalam mengimarahkan lagi surau baharu ini. – KOSMO! ONLINE

 

The post UPSI sumbang lampu solar untuk surau di Bagan Datuk appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*