Connect with us

Semasa

Ustazah tegur group Riak Apa Hari Ini dan ini respon dari admin group..

Kemunculan Group Facebook berdasarkan ‘… apa hari ini’ semakin menjadi-jadi dan baru-baru ini, kumpulan ‘Riak Apa Hari Ini’ baru sahaja diwujudkan yang mengundang pelbagai reaksi dari netizen.

Pemeriksaan ke atas group tersebut mendapati bahawa kandungan yang dikongsi hanyalah hiburan semata-mata bagi menghilangkan stress seharian.

Namun, berbeza dengan Ustazah Asma ‘Harun yang berpendapat bahawa, group seperti itu harus ditutup kerana boleh memberi kesan buruk, terutama kepada netizen Muslim.


“Mohon admin group “Riyak Apa Hari Ni’ boleh tukar tajuk atau tutup terus. Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan, perbualan bebas gurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan, tunjuk harga dengan caption riyak tapi kata gurau, share pakaian dalam, dan lain-lain yang aib sangat.

“Jangan indahkan perkataan keji ‘riyak’ atas nama gurauan,” katanya.

Status Ustazah Asma ‘Harun mendapat banyak reaksi daripada netizen yang rata-rata menyokong tegurannya.

Namun, kumpulan itu memutuskan untuk terus mengekalkan nama dan meminta mana-mana individu yang tidak bersetuju dengan ‘keputusan’ mereka untuk meninggalkan group tersebut.

“Terima kasih pada yang update pasal ceramah, tarbiah dari ustazah. Selepas berbincang dengan creator, kami akan mengekalkan nama group.

“Cuma pada yang rasa berdosa nak duduk dalam group ini, bolehlah left. Kami tak paksa ye. Sebab kalau lihat kat luar sana, banyak lagi group-group yang terlebih dari dahsyat.

“Contohnya group janda dan duda gersang. Haa, situ dengan posting dan aksi yang lagi dahsyat dipertontonkan tanpa ditapis oleh admin. Bagaimana tu?

“Jadi, sekali lagi kami ulang, pada yang tidak boleh nak duduk di dalam group ini nanti kena jilat api neraka boleh left ya,” kata wakil group berkenaan.


Sumber: Ustazah Asma’ Harun, Riak Apa Hari Ini


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags