19 Tahun Tabur Bakti, Lagenda Badminton Negara Umum Gantung Raket


Spread the love
  •  
  •  
  •  

Dato’ Lee Chong Wei, satu nama yang tidak perlu kita perkenalkan lagi bukan sahaja kepada rakyat Malaysia, namun bagi peminat sukan terutama badminton di seluruh dunia.

Akan tetapi, hari ini arena sukan badminton negara telah menerima satu berita sedih apabila Dato’ Lee Chong Wei telah mengumumkan menggantung raket dari arena badminton dunia selepas lebih kurang 19 tahun beraksi.

Beliau pernah memegang ranking nombor satu dunia selama beberapa tahun telah memenangi hampir kesemua kejohanan utama badminton dunia termasuklah Kejohanan Seluruh England selain hampir menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik sebanyak tiga kali iaitu pada 2008, 2012 dan 2016.

19 Tahun Tabur Bakti, Lagenda Badminton Negara Umum Gantung Raket 1
Secara keseluruhannya, Dato’ Lee Chong Wei telah memenangi sebanyak 69 kejohanan sekaligus menjadikan beliau pemain badminton paling berjaya sepanjang zaman di negara ini.

Namun, pada tahun lepas, ketika beliau masih boleh beraksi dengan baik, kita dikejutkan dengan berita mengenai Dato’ Lee Chong Wei telah disahkan menghidapi kanser hidung pada Julai.

Selepas itu, kareer badminton beliau telah menjadi persoalan ramai terutamanya peminat badminton tanahair. Nampaknya, dengan pengumuman yang dibuat ini, ia telah menjawab segala persoalan yang berlegar di kalangan para peminat.

19 Tahun Tabur Bakti, Lagenda Badminton Negara Umum Gantung Raket 2
Perseteruan beliau bersama jaguh badminton China, Lin Dan pasti akan akan diingati sampai bila-bila dan kita mungkin tidak akan dapat melihat persaingan antara dua pemain hebat seperti ini dalam beberapa tahun mendatang.

Ketika ditanya mengenai perancangannya selepas ini, Dato’ Lee Chong Wei hanya memberitahu bahawa beliau mahu bercuti bersama isterinya. Datin Wong Mew Choo yang juga merupakan bekas pemain badminton nombor satu negara.

Kepada Dato’ Lee Chong Wei, terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan anda dan kami mewakili seluruh rakyat Malaysia mengucapkan selamat maju jaya dalam apa jua yang Dato’ lakukan selepas ini.

Sumber: Facebook BAM


Spread the love
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.