Angkara Permainan Video Anak Isteri Ditinggalkan


Spread the love
  •  
  •  
  •  

Rumah tangga yang bahagia adalah rumah tangga dimana suami dan isteri hidup saling melengkapi. Bukan cuma sebelah pihak menjadi tongkat kepada sebelah pihak yang lain kan.

Suami melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna dan si isteri juga turut melakukan perkara yang sama. Barulah boleh kekal hidup bersama-sama sehingga ke akhir hayat.

Namun terkadang, hilang fokus dalam perhubungan disebabkan medium teknologi yang membunuh. Perkongsian Akhtar Syamir wajar dijadikan renungan setiap pasangan. Apakah kesan teknologi khususnya permainan video dalam talian ke atas hubungan suami isteri?

Masih lagi tak percaya kebinasaan akibat KETAGIHAN game? Berbaloi ke tinggalkan anak isteri demi game?

Game dan gaming itu TIDAK SALAH, yang salahnya apabila anda ketagihan.

Adakah jatuh nusyuz kerana isteri sering memarahi suami yang ketagihan game?

Kenapa kita terlalu teruk dipengaruhi oleh game yang sepatutnya mendatangkan kegembiraan? Tetapi sebaliknya yang terjadi. Adakah jati diri kita ini terlalu lemah?

Angkara Permainan Video Anak Isteri Ditinggalkan 1

BERHENTI menyalahkan isteri apabila anda ketagihan. Jika anda kata isteri anda membosankan dan menjadi penyebab kepada anda untuk bergembira di dalam game, anda sebenarnya sakit mental dan perlukan rawatan.

Keluarga ini kita sebagai suami yang bentuk. Senget je, lurus ke, bahagia ke, tidak ke, kita yang tentukan. Bukan orang lain dan sudah semestinya bukan game ! Cari cara untuk gembirakan keluarga, bukan lari dari masalah dan mencari kegembiraan di tempat lain.

Jika anda rasa menghabiskan masa 4 atau 5 jam ke atas di dalam game setiap hari tatkala mempunyai anak dan isteri adalah sesuatu yang ok, berjaga – jagalah. Tidak lama lagi anda akan terjerumus ke lubang kesunyian yang amat gelap dan dalam tanpa sesiapa pun di sisi.

Kepada isteri, JANGAN sama terjerumus dan menggalakkan ketagihan ini dengan bermain bersama. Anda hanya akan menjadikannya lebih teruk dan anak – anak anda yang akan menanggungnya.

Kembalilah ke pangkal jalan. Institusi kekeluargaan kita semakin tenat. Kita sebenarnya di ambang kehancuran.

Kongsikan pendedahan ini. Semua wajib tahu tentang apa yang sedang berlaku dan merebak dengan pantas ini !

Saya perlu ingatkan sekali lagi. Game dan gaming itu TIDAK SALAH, yang salahnya apabila anda ketagihan.

Jemput follow saya  Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

BroOhsem

Sumber: Siakapkeli


Spread the love
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.