Apa cerita? Erra mohon maaf kepada Datin Seri Umie Aida


Spread the love
  •  
  •  
  •  

Sebelum ini media melaporkan Pelakon Datin Seri Umie Aida mencetuskan spekulasi apabila mendedahkan dirinya terasa seperti dikhianati oleh seorang individu yang bergelar sahabat.

Perasaan tidak puas hati itu dikongsikan bintang filem Dukun menerusi Instagram miliknya malam tadi.

Menurut Umie, dia pernah memaafkan individu tersebut atas kesilapan yang sama dan menerima semula sebagai sahabatnya.

“Aku bukan nak aibkan sesiapa… Tapi aku juga ada hak luahkan rasa sakit, kecewa bila orang yang dipanggil sahabat buat begitu.

Erra Mohon Maaf

“SAYA mohon maaf kepada semua dan juga Datin Seri Umie Aida,” kata pelakon popular, Erra Fazira mengenai isu yang cuba dibangkit dan dikaitkan dengan dirinya menerusi stastus dimuat naik pelakon Datin Seri Umie Aida pada Selasa lalu.

Erra, 45, dalam kenyataannya menjelaskan mengakui pernah dua kali mengecewakan bekas sahabat baiknya sebelum berbaik semula.

Menurut Erra yang digelar Primadona Alaf Baru itu, sebagai manusia biasa dia tidak lari daripada melakukan kesilapan.

“Maaf di atas segala yang terjadi. Saya manusia biasa yang ada buat salah dan pernah menyakiti hati teman saya, Umie Aida.

“Umie pernah memaafkan saya sebelum ini dan saya mengecewakannya buat kali ketiga. Umie memendamkan perasaannya dan pernah juga menghantar pesanan ringkas dengan cara yang paling baik.

Apa cerita? Erra mohon maaf kepada Datin Seri Umie Aida 1

 

“Jika tiada bukti pasti Umie takkan bersuara,” katanya.

Pada waktu sama, Erra mengharapkan pengakuan dibuat dapat menghentikan perbalahan antara semua pihak termasuklah dalam kalangan peminat.

“Saya harap dengan pengakuan ini dapat menghentikan perbalahan semua.

“Saya belajar atas kesilapan dan akan cuba memperbaiki kekurangan diri. Saya harus terus perbaiki diri dan saya mohon maaf sekali lagi,” katanya.

Terdahulu, status dimuat naik Umie nenimbulkan pelbagai spekulasi apabila dia mendedahkan seorang rakan yang dipanggil sahabat sudah mengkhiati dirinya.

Menerusi status sama, Umie berkata dia sudah beberapa kali memaafkan dan memberi peluang kepada sahabatnya itu.

Apa cerita? Erra mohon maaf kepada Datin Seri Umie Aida 2

Sumber: Malaysiakini


Spread the love
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.