AWAS! Jangan Terima Wang Kertas Yang Ada Dakwat Kekal


Spread the love
  •  
  •  
  •  

Duit kertas yang kotor dicemari dakwat adalah perkara biasa kita jumpa semasa aktiviti jual beli berlaku. Jika dulu, ianya masih boleh digunakan. Tetapi sekarang tidak lagi.

Menurut notis yang dikeluarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN), orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati semasa urusan transaksi tunai dan tidak menerima atau menukar mana-mana wang kertas yang dicemari dakwat kekal. Wang yang tercemar itu berkemungkinan dicuri dari mesin ATM dan tidak bernilai untuk sebarang pertukaran.

AWAS! Jangan Terima Wang Kertas Yang Ada Dakwat Kekal 1

Apa Yang Perlu Dilakukan

  • Jangan terima wang kertas yang dicemari dakwat kekal
  • Segera membuat laporan polis dan berikan maklumat tentang transaksi yang berlaku

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi BSN di talian 1-300-88-1900.

Memetik laporan Sinar Harian yang diterbitkan pada Mei 2015, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan teknologi ‘kesan dakwat’ bagi menangani insiden mencuri yang membabitkan mesin ATM.

Dakwat kekal tersebut tidak akan dapat dipadamkan dan akan mengotorkan wang kertas di semua sudut jika berlaku cubaan untuk memecahkan mesin ATM.

Wang kertas yang tercemar itu akan hilang tender sahnya dan tidak boleh dimasukkan semula ke dalam edaran.

Sumber: Bank Simpanan Nasional (BSN)Sinar Harian


Spread the love
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.