Infografik J-Kom: Fahmi Fadzil Setuju Tidak Sensitif, Perlu Dinilai Semula

infografik j-kom fahmi

Infografik J-Kom: Fahmi Fadzil Setuju Tidak Sensitif, Perlu Dinilai Semula

Infografik berhubung kos sara hidup oleh Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) yang tular sejak semalam tidak sensitif dengan sentimen rakyat dan perlu dinilai semula.

Demikian maklum balas Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengenai infografik berkenaan yang dikatakan dibuat secara ‘buta nada’ (tone deaf).

Dalam satu sidang media, Fahmi berkata pihaknya telah membuat semakan bersama J-Kom dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) selepas infografik itu meraih perhatian ramai.

“Saya telah menyemak dengan J-Kom dan juga KPDN dari segi angka yang ditunjukkan adalah betul dan mengikut fakta tetapi rungutan mengatakan sebagai “tone deaf” dan saya setuju,” katanya.

Menurutnya, J-Kom perlu melakukan penilaian semula terhadap sesetengah modus operandinya dan memberi fokus kepada perkara-perkara utama.

Jelasnya, beliau akan bertemu dengan pihak tersebut untuk mengadakan perbincangan tidak lama lagi berkaitan dengan isu berkenaan.

“Saya fikir J-Kom perlu menilai semula sesetengah modus operandinya dan fokus kepada perkara-perkara utama.

“Kami akan adakan perbincangan dalaman selepas ini,” ujarnya.

Tambah Fahmi, beliau turut meminta jabatan itu memastikan apa-apa kandungan yang dikemukakan disemak terlebih dahulu sebelum disiarkan.

“Saya telah bercakap dengan J-Kom dan telah meminta mereka untuk memastikan bahawa apa sahaja kandungan yang mereka keluarkan perlu disemak terlebih dahulu mengenai angka dan naratif yang ditetapkan oleh kementerian.

“Pengarah J-Kom telah menjelaskan dan ini akan menjadi penyelaras yang lebih baik pada masa hadapan,” ujarnya.

BACA: Seorang Maut, Lapan Lagi Cedera Selepas Jejambat Dalam Pembinaan Runtuh

Infografik perbelanjaan dapur keluarga dan bujang

Semalam, satu infografik disiarkan J-Kom mengenai perbelanjaan dapur satu keluarga yang dikatakan tidak kurang daripada RM400 sebulan.

Sementara itu, bagi bujang pula, perbelanjaan adalah sekitar RM200 sebulan.

Susulan itu, infografik tersebut mengundang kritikan ramai dan menyifatkannya sebagai tidak realistik.

Ini kerana perbelanjaan yang dinyatakan itu tidak termasuk dengan keperluan asas yang lain dan hanya meletakkan barangan utama sahaja pada infografik itu.

Dalam perkembangan lain, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan semalam terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja), dalam ceramah politiknya baru-baru ini.

Difahamkan, siasatan berkaitan 3R berkenaan akan dilakukan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber: sidang media

BACA: Fahmi Pertikai Laporan Jangkaan Harga Barang Naik

The post Infografik J-Kom: Fahmi Fadzil Setuju Tidak Sensitif, Perlu Dinilai Semula appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*