Isu Video: Selepas lama berdiam diri, Azmin akhirnya bersuara


Spread the love
  •  
  •  
  •  

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali hari ini tampil menafikan dirinya terbabit dalam sebuah video lvcah yang sedang beredar di media sosial.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini yang bersifat tuduhan j4hat dan k3jam.

“Saya yakin siri f1tnah ini adalah komplot j4hat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian saya serta menjatuhkan saya dan memusnahkan karier politik saya,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, beliau akan menggunakan segala kaedah undang-undang yang sah untuk mendedahkan mereka yang turut terlibat dalam kerja j4hat ini.

“Saya telah mengarahkan para peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan-tuduhan j4hat serta terhadap pelaku lain,” katanya.

Awal pagi semalam, sebuah video s3ks atas ranjang diedarkan secara sistematik apabila wartawan dan ahli PKR dipelawa menyertai dua kumpulan WhatsApp dengan nombor telefon yang tidak diketahui dan klip video tersebut dikongsikan di situ.

Isu Video: Selepas lama berdiam diri, Azmin akhirnya bersuara 1

Video s3ks, dalam tiga bahagian itu, kemudiannya dikongsi bersama dengan dokumen-dokumen bank yang konon menunjukkan pembayaran kepada Azmin.

Awal pagi ini, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin membuat pengakuan bersumpah bahawa dia memang terlibat dalam aksi se3ks bersama Azmin.

Haziq mendakwa kejadian berlaku pada 11 Mei lalu semasa pilihan raya kecil Sandakan di bilik menteri berkenaan di sebuah hotel di Sandakan.

Mengulas lanjut, Azmin, berkata, beliau yakin kerja j1jik ini telah dimulakan beberapa bulan lalu berdasarkan perkembangan politik semasa melalui intimidasi terhadap keselamatan diri dan keluarga pada minggu terakhir Ramadan serta tuduhan rasuah yang tidak benar dan tidak berasas.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya gutter politics. Sesungguhnya, ia tidak mempunyai tempat dalam era Malaysia Baharu, di mana kita sedang berusaha untuk membina semula negara melalui reformasi institusi dan berpegang kepada politik nilai yang luhur dan murni.

“Saya sama sekali tidak akan tunduk kepada tindakan-tindakan pengecut ini dan percubaan untuk mengalihkan perhatian orang ramai dari isu-isu negara yang lebih mendesak dan kejayaan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dalam melaksanakan dasar pembangunan negara yang mampan dan inklusif.

“Saya yakin polis dan SPRM akan mengambil segala langkah yang perlu berhubung tuduhan jahat ini,” katanya.

p/s: Semoga kita semua rasional dalam menilai sesuatu berita

sumber: mkini


Spread the love
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.