‘Kecaman netizen yang buat dia tertekan’ – Abu nafi jadi punca baby dalam kandungan bekas isteri tidak aktif


Spread the love
  •  
  •  
  •  

Penceramah bebas, Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokthar Rozaidi menafikan bahawa dia menjadi punca bayi dalam kandungan bekas isterinya, Ain ‘Afini Latif, tidak aktif akibat tekanan.

Terdahulu, Ain meluahkan rasa sedihnya selepas doktor memaklumkan bayi dalam kandungannya kurang aktif.

Disebabkan itu, netizen mengandaikan kejadian itu berpunca dari Abu yang menceraikan Ain kerana ingin bersama janda pilihan.

Abu bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan mendakwa netizen menjadi punca bekas isterinya menghadapi tekanan sekali gus menjejaskan kandungan Ain.

“Itu (bayi tidak aktif) berita palsu. Saya terus menghantar mesej kepada Ain dan menurutnya, bayi tidak aktif bukan kerana saya. Tapi kerana sebahagian kecaman netizen yang membuatkan dia tertekan.

“(Bekas bapa mertua) dia ada memaklumkan Ain perlu berehat dan tidak boleh berada dalam keadaan tertekan. Bayi tak aktif itu perkara biasa dan ia berlaku bukan saja kepada Ain, tetapi juga kepada kebanyakan yang bergelar ibu,” katanya.

Sumber: Harian Metro


Spread the love
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.