Lapan muka surat al-Quran ghaib. Rupanya ini yang terjadi


Spread the love
  •  
  •  
  •  

ghaib “Ini isyarat dunia semakin tua dan petunjuk Allah SWT berada di mana-mana,” kata Pegawai Penerbitan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Abdul Latif Juffri, 52, berhubung kehilangan lapan muka surat naskhah al-Quran milik abangnya yang disedari pada 25 Jun lalu.

Abdul Latif berkata, kehilangan lapan muka surat membabitkan empat surah dalam al-Quran berkenaan disedari ketika mereka 13 beradik beraya di rumah keluarga di Kampung Parit Ismail, Parit Yaa’ni, Batu Pahat.

“Kebetulan saya masih ingat potongan ayat pendinding terkandung dalam surah Yasin diajar guru, sebelum abang, Abd Manaf Juffri, 54, yang juga Guru Besar Sekolah Agama Seri Bengkal mendapatkan al-Quran untuk dijadikan rujukan.

“Bagaimanapun, ketika diselak helaian al-Quran itu didapati dua muka surat tidak bertulisan dan kosong, sebelum kejadian sama berlaku pada enam muka surat bagi tiga surah berlainan,” katanya berkongsi kejadian berkenaan menerusi laman sembang WhatsApp

Abdul Latif yang berkhidmat di bahagian penerbitan sejak 1993 mengakui sudah beberapa kali melihat kejadian seperti itu, bahkan pengalaman itu adalah kali kedua dilalui abangnya.

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Setelah meneliti nas-nas Al-Quran dan juga hadith-hadith yang berkaitan, jelas di sini menunjukkan bahawa Al-Quran tetap terpelihara sehingga hari kiamat dan sehingga apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Justeru, apa yang berlaku di utara tanah air dan juga di tempat-tempat yang lain sebelum ini bukanlah bermaksud Al-Quran itu diangkat ke langit, kerana maksud yang sebenarnya ialah diangkat semua iaitu hilang huruf dan ayat dari mushaf begitu jua dengan ketiadaan huffaz.

Kami berpendapat kejadian yang berlaku adalah disebabkan beberapa perkara yang perlu diambil kira. Antaranya:

  • Berlakunya salah cetak terhadap mushaf itu.
  • Mutu kualiti kertas yang digunakan adalah dari jenis yang rendah.
  • Semakan yang tidak rapi terhadap mushaf tersebut.
  • Terlangkah atau terlangkau ayat ketika proses percetakan berlaku.
  • Mutu dakwat yang digunakan kurang berkualiti yang mana boleh membawa kepada hakisan.

Kami berpendapat sedemikian kerana, terdapat banyak lagi syarikat percetakan yang berwibawa seperti Majma’ Malik al-Fahd yang terletak di Madinah, Arab Saudi tidak berlaku masalah seperti ini.

Justeru kami menasihati orang ramai jika terdapatnya ayat-ayat yang terhapus dari mushaf maka hendaklah dibawakan kepada badan agama yang berautoriti untuk diajukan aduan dan semakan.

Seterusnya, kita boleh mengambil manfaat dari apa yang berlaku untuk kita memupuk rasa kasih, cinta dan menjunjung Al-Quran seterusnya belajar, membaca serta mentadabbur maknanya dan dijadikan pedoman.

sumber: hmetro , http://muftiwp.gov.my


Spread the love
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.