Sekembali Dari Mekah, Pogba Ingatkan Supaya Solat Lima Kali Sehari


Spread the love
  •  
  •  
  •  

Bintang Manchester United, Paul Pogba baru sahaja kembali daripada menunaikan ibadah umrah baru-baru ini.

sekembali dari mekah, paul pogba ingatkan supaya solat lima kali sehari

Dipetik daripada The Times, Paul Pogba mendedahkan, beliau pada mulanya mempersoalkan banyak perkara sebelum akhirnya memilih untuk mengamalkan ajaran Islam.

Sekembali Dari Mekah, Pogba Ingatkan Supaya Solat Lima Kali Sehari 1

sekembali dari mekah, paul pogba ingatkan supaya solat lima kali sehari

Beliau yang tidak dibesarkan dalam keluarga yang beragama Islam mengakui merasa hilang arah selepas dibelenggu dengan pelbagai ma[@]salah, dan akhirnya menemui ketenangan selepas kembali kepada Islam.

“Menjadi seorang Muslim membawa semua erti dalam hidup saya. Ia membuat saya lebih bersyukur.

Sekembali Dari Mekah, Pogba Ingatkan Supaya Solat Lima Kali Sehari 2

“Ia menyedarkan saya tentang banyak perkara dan menenangkan saya,” kata Pogba.

sekembali dari mekah, paul pogba ingatkan supaya solat lima kali sehari

Beliau yang baru sahaja pulang daripada Tanah Suci pada Ramadan lalu, menyifatkan ia sebagai perubahan yang besar dalam dirinya.

“Saya mula melakukan penyelidikan sendiri. Saya berdoa bersama rakan-rakan lain dan saya merasakan perbezaan yang positif.

“Sejak itu saya terus lakukannya. Anda kena solat lima kali sehari, itulah tiang agama Islam.

Sekembali Dari Mekah, Pogba Ingatkan Supaya Solat Lima Kali Sehari 3

“Islam membuka fikiran saya mengenai kehidupan a[@]khirat. Ia buat saya jadi manusia yang lebih baik,”, tambahnya lagi.

p/s: Semoga ikon seperti ini menjadi panduan dan contoh kepada anak2 muda. Setinggi mana pun kita terbang, tetap kembali sujud kepada yang satu

 

Sumber: The Times via erra Malaysia


Spread the love
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.