Viral Budak Cover Lagu Pakai Drum Botol, Tapi Skill Buat Netizen Kagum, “Besar Bakat Dia”

budak drum botol

Viral Budak Cover Lagu Pakai Drum Botol, Tapi Skill Buat Netizen Kagum, “Besar Bakat Dia”

Imaginasi seorang kanak-kanak memang tiada batas. Ada sahaja yang mampu mereka lakukan. Dengan hanya berbekalkan apa yang ada di sekeliling, macam-macam boleh jadi.

Objek-objek seperti daun, batu, ranting dan pasir ataupun perabut rumah seperti kusyen sofa dan bangku boleh ‘dihidupkan’ menjadi pelbagai benda.

Kini, kita semakin kurang melihat kanak-kanak bermain di kawasan luar, berhibur dengan alam kerana sering berkepit dengan gajet masing-masing.

Namun, tidak semua kanak-kanak berpeluang untuk memiliki apa-apa gajet ataupun permainan yang mahal-mahal. Maka, mereka telah menjadi lebih kreatif berbanding kebanyakan kanak-kanak lain di luar sana.

Menurut sebuah akaun TikTok,  Hendro Kartiko berkongsi sekumpulan kanak-kanak sedang bermain alat muzik dalam satu band.

Budak cover lagu Aku Anak Kampung guna drum botol

Lebih menarik perhatian warga maya, set dram yang digunakan untuk mengalunkan rentak dalam lagu tersebut diperbuat daripada barangan kitar semula.

Jika dilihat secara teliti, set dram tersebut diperbuat daripada beberapa botol plastik dengan saiz yang berbeza, baldi dan sebagainya.

Binaannya juga kelihatan agak kompleks. Simbal yang berada pada kiri dan kanan dram ternyata memiliki bunyi yang mirip dengan yang asli.

Bukan itu sahaja, susunan dram seperti bass drum, snare drum dan sebagainya turut kelihatan mirip dengan susunan set dram akustik yang sebenar.

Sungguhpun set dram tersebut diperbuat daripada bahan kitar semula, alat muzik buatan tangan itu masih mampu menghasilkan rentak yang merdu.

Keunikannya bukan sekadar pada set dram ‘custom made’ sahaja, aksi kanak-kanak yang handal bermain dram turut wajar dipuji.

Selain itu, kanak-kanak lelaki yang memakai baju berwarna hitam itu turut memukul dram seperti seorang profesional.

Dia langsung tidak kelihatan kekok mahupun teragak-agak ketika bermain dram sepanjang lagu tersebut dimainkan bersama rakan-rakan kugirannya yang lain.

@bukit.rondok

Membalas @adilshaputra nih bg, maaf kelamaan.. hampir lupa mau upload…😁 #bocil #drummer #anakkampung #fyp #fypシ #fypage

♬ suara asli – Hendro kartiko – Hendro kartiko

Video lagu cover Aku Anak Kampung yang dinyanyikan penyanyi asal, Jimmy Palikat itu telah tersebar ke seluruh pelusuk Nusantara dengan jumlah likes sebanyak 879.1K.

Hasil kreatif sekumpulan kanak-kanak ini telah meraih respons positif dari warga maya yang rata-ratanya memuji dan mengagumi hasil kerja mereka.

BACA: Shila Amzah & Ubai Selamat Bertunang

Sumber: @bukit.rondok via TikTok

The post Viral Budak Cover Lagu Pakai Drum Botol, Tapi Skill Buat Netizen Kagum, “Besar Bakat Dia” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*