(Video) Anak terkilan, ibunya yang lumpuh dipaksa datang ke bank untuk renew kad bank

“Takde hati perut!”, demikian kata-kata netizen yang ditujukan terhadap sebuah bank yang terletak di Gurun, Kedah.

Tular di media sosial, video seorang wanita menceritakan pengalaman perit mereka berdepan dengan keengganan pihak bank mempermudahkan urusan mereka dalam urusan memperbaharui kad bank milik ibunya yang telah luput tarikh.

Terdahulu, pengadu telah menghubungi pihak bank menyatakan keadaan ibu yang lumpuh dan bertanyakan kaedah yang sesuai bagi pesakit lumpuh untuk memperbaharui kad bank.

Namun, jawapan yang diberikan oleh pihak bank amat ternyata amat mengecewakan kerana pengadu diminta membawa ibunya yang lumpuh datang ke bank berkenaan untuk menguruskan permohonan memperbaharui kad tersebut.

Memandangkan tiada pilihan lain, pengadu terpaksa menggunakan perkhidmatan ambulans swasta untuk membawa ibunya ke bank tersebut.

“Kad bank mak dah dekat dengan tarikh luput. Saya menghubungi pihak bank dan bertanya macam mana kalau orang lumpuh seluruh badan nak memperbaharui kad bank.

“Pihak bank kata, saya kena bawa juga mak datang ke bank. Saya tanya, ada tak kaedah lain untuk ibu saya yang lumpuh ini?

“Pihak bank jelaskan mereka tiada cara lain dan saya sebagai anak perlu membawa mak datang dan tolak mak (mungkin maksudnya menggunakan kerusi roda) ke dalam bank juga.

“Saya terpaksa guna perkhidmatan St. John sebab tak mampu bawak mak guna kereta dengan keadaan mak yang tak boleh duduk. St John Gurun memang terbaik sangat memahami dan servis terbaik mereka bagi dekat mak.

“Semua tu kos yang perlu dikeluarkan sendiri bukan percuma. Ada juga ya bank yang tidak bertimbang rasa terhadap orang sakit,” katanya.

Dalam masa yang sama, pengadu juga mendakwa pihak bank berkenaan telah menyekat akaun bank ibunya (kad baru) tanpa sebarang notis, menyebabkan ibunya tidak dapat mengeluarkan wang tunai.

Apabila dia menghubungi pihak bank untuk menuntut penjelasan, mereka meminta dia berjumpa dengan pengurus Public Bank.

Pengadu berasa terkilan dengan tindakan bank berkenaan yang bukan sahaja mendatangkan beban, malah membantutkan urusan pembelian barangan keperluan ibunya.

“Hanya pencen arwah ayah tak banyak, cuma boleh membantu untuk beli keperluan mak. Bila jadi macam ni, agak terkilan. Bukan dari golongan berharta. Betul-betul mengharapkan duit masuk bulanan untuk beli keperluan mak tapi pihak bank dah block.

“Terputus nak beli keperluan mak, terkilannya rasa macam ni ke golongan tak berharta dilayan oleh pihak mereka,” katanya.

Video:

BACA: (Video) ‘Tangkap! Tangkap! Jangan kasi lepas dia!’ – Wanita ditahan mencuri barang pasar raya bernilai RM952

Sumber: TikTok NurHatini

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*