(Video) Disyaki Cuba Curi Getah Sekerap Orang Kampung, Lelaki Teruk Dibelasah

Baru-baru ini, tular satu rakaman video di Twitter menunjukkan kejadian seorang lelaki dipenuhi dengan darah selepas dia dibelasah oleh penduduk kampung.

Difahamkan, kejadian berlaku kerana lelaki berkenaan didakwa telah mencuri hasil kebun getah milik individu lain.

Dalam video yang berlainan, turut dapat dilihat sebuah motosikal dibakar akan tetapi pemilik kepada kenderaan itu tidak dapat dikenalpasti sama ada kepunyaan mangsa ataupun sebaliknya.

Menurut Ketua Polis Daerah Padang Terap Deputi Superintendan Polis Mulkiaman Manzar, beliau menyatakan dari hasil siasatan, mereka mendapati kejadian tersebut berlaku sekitar jam 8.10 malam di Kampung Nai Teh, Kuala Nerang.

Selain itu, suspek juga telah diserahkan oleh orang awam kepada pihak polis selepas dibelasah dan dia difahamkan cedera di beberapa bahagian badan ekoran kejadian yang telah berlaku.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 379 atas kesalahan mencuri dan dua kesalahan lain disiasat di bawah Seksyen 435 kerana kesalahan khianat dengan api serta Seksyen 324 kerana mendatangkan kecederaan.

Pihak polis turut meminta agar warganet tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut kerana kes masih lagi berada di dalam siasatan.

Video:

SUMBER : Twitter

BACA: (Video) Berang disalam tanpa pandang muka, Pesara tampar kepala anggota TLDM

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*