Connect with us

Info

(Video) Ini Rupanya Cara Ular Sawa Besar Panjat Pokok, Ramai Tak Pernah Tengok

Siapa sahaja yang tidak takut dengan ular? Reptilia liar yang sering menjadi ‘mimpi ngeri’ buat kita semua, sama ada di hutan mahupun di rumah sendiri.

Sudah banyak kes terjadi, ular ‘tersesat’ masuk ke rumah penduduk. Mahu tidak mahu, terpaksa hubungi pihak bomba untuk memindahkan makhluk tersebut ke tempat lain.

Selain itu, ular juga berupaya menjadi pengancam semulajadi ternakan. Tidak dinafikan, ramai penternah ‘terpaksa’ mengeluh apabila haiwan ternakan mereka habis dibaham dek ular. Ayam, lembu, kambing, itik dan sebagainya. Ular tidak mengenal siapa. Memang itulah santapannya.


Antara jenis ular yang dikenal pasti bersaiz besar, membahayakan dan mampu membunuh ialah ular sawa. Kekuatannya membelit tubuh mangsa tidak dapat dinafikan.

Selain membelit, ular sawa juga boleh memanjat pokok yang tinggi dengan mudah. Ini lebih berisiko buat manusia kerana berpotensi akan diserang dengan serangan mengejut.

Pernah lihat bagaimana ular sawa yang besar itu memanjat pokok? Jika belum, mari tonton video ini.


Sumber: Twitter Rhys Barzinni


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags