(Video) Isteri ajak suami makan di restoran tempat teman wanitanya bekerja

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang isteri yang mengajak suaminya makan di restoran tempat teman wanitanya bekerja, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik oleh dalam akaun TikTok @yourbear_._.

Wanita itu mendapati bahawa suaminya curang dengan seorang wanita lain. Daripada bergaduh untuk melepaskan geram, dia sebaliknya mengajak suaminya makan di tempat wanita itu bekerja.

Wanita itu memuat naik detik ketika perempuan tersebut melayan dia dan suaminya di sebuah restoran.

Setelah selesai makan, dia memanggil wanita itu untuk membuat bayaran. Teman wanita suaminya kelihatan gementar ketika datang ke meja makan untuk menerima bayaran.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Risau makanannya diletak ubat atau racun,” kata seorang netizen.

“Tangan suami menggigil ketika memasukkan nombor pin,” komen netizen lain. – Agensi

Video:

@yourbear_._

Membalas @tarolatte06 tangan kita terlalu berharga ygy buat seonggok pelakor aeon bsd ini. Btw yg ini beneran 300 yaa ada bukti tf.nya 😉

♬ Kambing 3juta Masa Kamu 300 – Ritchy DTM

BACA: Padah Rogol Nenek Umur 100 Tahun, Lelaki Dilapor Maut Diserang Penduduk Setempat

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*