Connect with us

Global

(Video) Isteri serbu majlis, ibu mertua siap tampar muka anaknya – ‘Saya dah beri amaran jangan kahwin lagi’

Majlis Perkahwinan seorang polis di Chai Nat, Thailand, berakhir dengan rasa malu setelah isterinya yang berpakaian hitam meyerbu dan menunjukkan surat nikah mereka untuk membuktikan bahawa pengantin lelaki itu bukan lelaki bujang.

Lebih memburukkan lagi keadaan, ibu pengantin lelaki juga menemani menantunya dan menampar muka anaknya ketika dia dan pengantin perempuan cuba mendapatkan restu dari beberapa sami jemputan yang terkedu sebelum meneruskan upacara majlis tersebut.

Kejadian itu menjadi viral di media sosial dan mendapat banyak kritikan dari pengguna internet. Ketua polis juga dilaporkan tidak senang duduk kerana sejak video anak buahnya menjadi viral di Facebook pada hari Khamis, 18 Februari 2021.


Menurut isterinya yang berusia 33 tahun, dia pergi ke majlis perkahwinan yang diadakan di sebuah rumah di Muang pada hari Khamis pagi setelah mengetahui bahawa suaminya yang berusia 34 tahun telah berkahwin lagi.

Difahamkan, anggota yang terlibat bekerja di Balai Polis Muang dan telah berkahwin selama 15 tahun lalu dan mempunyai dua anak perempuan berusia 15 dan 5 tahun.

“Saya sedar dia menjalinkan hubungan dengan perempuan lain sejak setahun lalu. Beberapa hari sebelumnya, kawan memaklumkan yang perempuan simpanannya itu mengumum untuk berkahwin.

“Awalnya saya tidak menyangka suami saya akan berkahwin lagi. Sebelum majlis itu, dia masih tinggal di rumah bersama kami dan memberitahu saya yang dia akan keluar bekerja untuk syif malam.

“Kemudian saya kata, fikir dua kali kalau nak berkahwin lagi. Dia jawab, tak ada apa-apa dan tanya siapa pula yang berkahwin? Sebaliknya menegaskan dia hanya keluar untuk bertugas di syif malam.

“Pagi keesokan harinya, saya pergi ke rumah perempuan itu untuk melihat sama ada, ada majlis perkahwinan atau tidak. Bila tiba, saya terkejut dan sedih serta tidak menyangka suami akan berkahwin lagi,” katanya.

Walaupun menyedari kehadiran isteri pertama, kedua-dua pengantin berpura-pura tidak mengenalinya dan meneruskan upacara majlis seperti biasa. Tetapi video kedua menunjukkan ibu pengantin lelaki memarahi anaknya.

“Tinggalkan majlis ini, awak bukan tetamu rumah ini. Tolong pergi,” kata si suami.

Media Thailand melaporkan bahawa anggota itu kini sedang disiasat oleh atasannya kerana dia dan isterinya belum bercerai.


Sumber: thereporter


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags