(Video) Isteri ‘terkam’ atas kereta tangkap suami curang

Sebuah klip video tular di media sosial Vietnam kerana memaparkan tindakan nekad seorang isteri memanjat bonet sebuah kereta kerana mahu menangkap suaminya yang curang, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos. Kejadian itu dikatakan berlaku di wilayah Thai Nguyen, utara Vietnam.

Rakaman menunjukkan seorang wanita berbaju ungu memberhentikan sebuah kereta merah lalu memanjat ke atas bonet kenderaan tersebut.

Dia kemudian mengeluarkan telefon pintar untuk merakam gambar suami dan perempuan simpanannya di dalam kereta.

Melihat tindakan wanita itu, polis tempatan segera campur tangan dan memintanya turun daripada bonet kereta.

Wanita itu turun dan memohon maaf kepada polis. Dia memaklumkan bahawa dia ingin merakam gambar sebagai bukti suaminya curang.

Dia juga menunjukkan sijil perkahwinan yang membuktikan bahawa lelaki di dalam kereta itu adalah suaminya.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Mesti hancur perasaan kakak itu,” kata seorang netizen.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by memomedsos (@memomedsos)

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*