(Video) Isteri upah perempuan simpanan untuk jaga & ‘penuhi keperluan’ suami

Seorang wanita berusia 44 tahun yang sudah berkahwin mencetuskan kontroversi di Thailand selepas didakwa menyiarkan iklan mencari wanita berkebolehan dan berpendidikan untuk mengisi jawatan ‘perempuan simpanan’ untuk suaminya.

Pattheema Chamnan berkata, buat masa ini dia tidak bersama dengan suaminya untuk seketika dan hal itu membuatkan dia merasakan dirinya seperti isteri yang tidak berguna.

Bagi menebus rasa bersalahnya itu, dia kini sedang mencari wanita yang sudi menjadi perempuan simpanan untuk suaminya, yang boleh menggembirakan suami dia secara fizikal dan dalam masa sama juga mempunyai personaliti yang menyenangkan serta kemahiran berkomunkasi yang baik.

Bagi yang berminat, Chamnan menawarkan gaji minimum sebanyak $450 (RM2,000), dengan makanan percuma dan penginapan di rumah mereka.

Walaupun tawaran pekerjaan itu kelihatan keterlaluan bagi sesetengah orang, Chamnan memaklumkan dia telah menyenarai pendek dua calon untuk mengisi jawatan itu.

“Calon sepatutnya tidak mempunyai anak kerana ia akan menjadi beban. Mereka harus berpenampilan menarik,dan berkomunikasi dengan baik.

“Adalah penting mereka dapat menggembirakan suami saya secara fizikal. Dia seorang lelaki yang memerlukannya dan mempunyai banyak tenaga. Perempuan simpannya juga mesti dapat menemani dan menghiburkannya. Jadi mereka mesti mempunyai personaliti yang baik dan menyeronokkan,” katanya.

Bagaimanapun Chamnan menjelaskan dia berbuat demikian kerana dia sedang bergelut dengan kemurungan kronik dan berasa dia tidak dapat menjaga suaminya dengan baik.

“Saya ingin mencari perempuan simpanan untuk suami saya kerana saya sedang bergelut secara fizikal. Saya mengalami kemuruangan kronik dan tidak dapat menjaga suami dengan baik. Saya sudah lama tidak bersama dengan suami dan ia membuatkan saya berasa saya bukan isteri yang baik,” kata wanita berusia 44 tahun itu.

Chamnan dan perempuan simpanan suaminya

Sementara itu, suaminya, Pattagorn mengakui terkejut apabila melihat iklan tersebut yang tular di media sosial sejak bulan lalu tetapi tidak menghalang niat isterinya.

“Isteri saya memberitahu dia mahu mencari seseorang untuk menjaga saya. Saya terkejut apabila mengetahui perkara itu. Saya tidak pernah mahu perempuan simpanan, tetapi memandangkan isteri saya yang menawarkan, saya tidak akan menolak,” katanya.

Chamnan memberi jaminan kepada bakal calon bahawa tidak akan wujud pergaduhan di antara mereka sambil menambah yang dia tidak mempunyai masalah suaminya tidur atau menghabiskan masa bersama orang lain.

Lapor Daily Star pula, jawatan itu telah diisi oleh seorang wanita berusia 33 tahun yang kebetulan berkawan dengan Chamnan.

Pattagorn apabila ditanya berkata, wanita itu tidaklah seperti yang dia jangkakan tetapi dia bersetuju untuk mencuba hubungan itu.

VIDEO:

BACA: Wanita sangup upah 3 perempuan simpanan untuk gembirakan suami

Sumber: Oddity Central

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*