Connect with us

Politik

(Video) “Jangan Ajar Aku, Aku Tahulah!” – Rosmah

Rosmah Mansor tidak menjawab soalan berkenaan dakwaan perbualan telefon antaranya dengan suami, bekas perdana menteri Najib Razak, yang dikatakan berlaku pada 2016 dan menjadi tumpuan hari ini.

Ditanya sama ada perbualan itu memang berlaku, dia menjawab: “Saya tidak tahu (I don’t know).”

Berkenaan soalan sama ada dia akan memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mendedahkan rakaman itu, dia berkata: “Saya tiada apa untuk dikatakan (I have nothing to say).”


Dia berkata demikian ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Namun sebelum bertanyakan soalan tersebut, petugas media sempat merakam aksi Rosmah memarahi individu di sebelahnya dipercayai peguam beliau.

“Jangan ajar aku, aku tahu lah!” kata Rosmah kepada individu terbabit.

Individu terbabit hanya membalas dengan senyuman.

Rosmah berada di Mahkamah Tinggi bagi kes perbicaraannya hari ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi.

Pada sidang media khas, di Putrajaya, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, memperdengarkan klip audio berkaitan perbualan berkaitan kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd.

Latheefa berkata, semua rakaman percakapan yang didedahkan SPRM didakwa berlaku pada 2016, dan hasil siasatan setakat ini mendapati ia adalah tulen.

Sumber: kiniTV


Terharu, Terdesak Cari Pelanggan Tak Sangka Menteri Orang Pertama Yang ‘DM’ Untuk Beli

 


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags