Connect with us

Semasa

(Video) Ketua Balai Polis selamatkan remaja cuba terjun dari jambatan, tertekan handphone dirampas bapa

Tertekan, ditegur oleh bapanya kerana sering bermain game, gadis berusia 16 tahun itu mahu terjun dari jambatan di KM 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, di susur Berjaya Hills Bukit Tinggi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pada pukul 2.12 petang pada hari Selasa, 16 Mac 2021, mereka menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sebelum mengerahkan sepasukan polis dari Balai Polis Bukit Tinggi ke lokasi.

Setibanya di sana, polis mendapati gadis itu masih duduk di tebing jambatan dan beberapa anggota lain dilihat cuba memujuknya agar tenang.


Anggota bomba juga dihubungi untuk datang ke lokasi untuk memasang jaring di bawah jambatan sebagai persediaan sekiranya remaja itu melompat dari tebing jambatan.

Semasa remaja itu sedang leka melihat ke arah lain, Ketua Balai Polis Bukit Tinggi, Sarjan Mejar Maznan Omar, yang berada di berdekatan, mengambil kesempatan untuk terus berlari dan menarik remaja itu dari belakang dan menghalangnya dari memanjat jambatan itu lagi.

Beberapa individu lain segera datang menghulurkan bantuan dan memeriksa keadaan remaja tersebut sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk memberi rawatan lanjut.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mengalami tekanan setelah ditegur oleh bapanya kerana sering bermain ‘Game’ di telefon bimbitnya. Dan kerana ketagihannya bermain ‘Games”, telefon bimbitnya turutdirampas oleh ayahnya.

Di samping itu, remaja terbabit juga dimaklumkan bahawa mengalami kemurungan dan masih dalam tempoh rawatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan.


Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags