Connect with us

Semasa

(Video) Maki Grab Rider di medsos, consultant letak jawatan Untuk buktikan keikhlasan selepas dikecam netizen


Baru-baru ini kecoh di laman twitter, seorang pelanggan menuduh penghantar dari Grab Food mencuri pesan air minumanya. Twitt beliau menerima kencaman hebat dari netizen.

“Hello @GrabMY, kenapa rider curi air Starbucks? Order 3 tapi dapat 2 je. Kalau nak aku belanja air, minta je la, bukan curi. Dah report pun Grab buat senyap je. Babi,” demikian tweet lelaki yang mendakwa air Starbucksnya dicuri penghantar makanan.

Grab Malaysia kemudian tampil menjelaskan bahawa bekas minuman tersebut sememangnya hanya untuk dua minuman. Selain itu, katanya setiap pakej pesanan pelanggan ‘diseal’. Namun, Grab memberi jaminan bahawa dia akan membuat siasatan dari aduan tersebut.


Walaupun begitu, individu tersebut menegaskan bahawa Grab Rider harus memeriksa pesanan sebelum membuat penghantaran.

“Still salah Grab Rider juga tak check order betul-betul. Dah tu, apa tugas rider? Hantar je? Gila best buat kerja takde tanggungjawab,” tulisnya di Twitter.

Tweet itu menarik perhatian ramai netizen yang mengkritik tindakannya yang menyerang Grab Rider dengan sembrono. Perkara itu juga mendapat perhatian majikan pengadu, Syarikat Bateriku (M) Sdn Bhd.

“Bateriku.com ingin meminta maaf atas tingkah laku kakitangan kontrak yang telah terlanjur menuturkan kata-kata dan bahasa kurang sopan dalam mengeluarkan komen mengenai pemandu Grab di media sosial pada tempoh hari.

“Di Bateriku, kami tidak bertolak ansur dengan tingkah laku tidak senonoh di dalam atau di luar organisasi,” kata kenyataan itu, yang juga memaklumkan bahawa lelaki itu telah digantung kerana tindakannya.

Dalam perkembangan terbaru, Ezrin Nazan melalui saluran YouTubenya telah meminta maaf kali kedua atas tindakannya. Untuk membuktikan kesungguhannya dalam meminta maaf, Ezrin memutuskan untuk meletak jawatan dan meminta netizen berhenti menyerang majikannya dan terus menyokong perkhidmatan Grab.

“Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas ketelanjuran kata-kata saya di social media yang mana saya telah tweet dan menuduh rider Grab tanpa usul periksa.

“Saya juga memohon maaf kepada rider Grab terbabit dan kepada warga maya atas isu yang panas ini kerana kesilapan saya.

“Jadi untuk membuktikan keikhlasan saya dalam video pemohonan maaf ini dan demi menjaga nama baik Bateriku.com, saya telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan saya sebagai Creative Consultant berkuatkuasa hari ini,” ujarnya.

Sumber: Ezrin Nazan, Thereporter

Youtube Channel: Subscribe JenamaTV


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags