(VIDEO) MPV terbakar di stesen minyak

Hasil tindakan pantas orang awam, kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena yang terbakar berjaya dipadamkan mereka dalam satu kejadian di Stesyen Minyak Petron Segambut Dalam, di sini pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata, panggilan kecemasan tersebut diterima pada pukul 10.33 pagi ketika kejadian berlaku.

Katanya, seramai tujuh anggota daripada Balai Bomba Penyelamat Hartamas digerakkan ke lokasi bagi membantu memadam api.

“Setibanya pasukan bomba dilokasi kejadian, didapati terdapat sebuah kereta model Nissan Serena yang berada di tempat pengisian minyak terbakar dengan sendirinya.

“Kemusnahan kebakaran dianggarkan lima peratus di bahagian tangki minyak dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, punca kebakaran masih dalam siasatan dan hasil tindakan pantas orang awam, api dipadamkan mereka menggunakan alat pemadam api di stesen minyak itu. – KOSMO! ONLINE.

BACA: Azi (Ejen Kosmetik) berjaya diselamatkan, telah dibawa pulang ke Malaysia

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*