(Video) Perjalanan ‘Superman’ Terkandas, Ditahan Polis Di Plaza Tol

Perjalanan’ seorang ‘Superman’ yang menunggang Honda EX5 dengan gaya berbahaya di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 nampaknya ‘tergendala’ apabila dia ‘terkandas’ ditahan polis di Plaza Tol Jabor, Kemaman semalam, lapor Utusan Malaysia.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, remaja lelaki berusia 18 tahun itu melakukan lagak superhero berkenaan dengan menundukkan kepalanya selari dengan meter motosikal.

Tidak hanya itu, tambah Hanyan, suspek juga turut melakukan aksi zig-zag ‘kanan-kiri’ berulang kali sejauh dua kilometer sebelum akhirnya ditahan polis di plaza tol tersebut pada pukul 10:30 pagi.

“Anggota polis mengarahkan suspek supaya berhenti, namun lelaki itu terus memecut laju menghala ke Plaza Tol Jabor,” jelasnya, memetik Utusan Malaysia.

Difahamkan, suspek ketika itu pada asalnya menuju ke Plaza Tol Jabor sambil diekori polis di belakang.

Bagaimanapun secara tiba-tiba suspek membuat pusingan U menghala ke Kuantan dalam keadaan melawan arus sebelum sekali lagi ‘berpusing’ kembali menuju ke arah plaza tol berkenaan.

“Bagaimanapun, malang tidak berbau apabila suspek telah terbabas sendiri kira-kira 50 meter dari plaza tol tersebut menyebabkan dia luka di dagu.

“Ujian urin ke atas suspek mendapati dia negatif dadah,” maklum Hanyan.

Tambahnya lagi, suspek remaja terbabit berjaya ditahan dan polis mendapati suspek berasal dari Jengka, Pahang.

Seperti yang dilapor Utusan Malaysia, kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum itu, tular satu video di media sosial hari ini yang memaparkan aksi seorang lelaki menunggang motosikal dengan gaya ala-ala Superman.

Berdasarkan video tular itu, ‘Superman’ berkenaan kelihatan begitu ‘syok’ menunggang Honda EX5 ditungganginya tanpa menyedari dia sedang diekori polis.

Tambahan lagi, berdasarkan video itu, ‘Superman’ itu juga dipercayai tidak mendengar siren yang dibunyikan dari kereta polis tersebut.

VIDEO:

BACA: Remaja OKU dirogol 2 kenalan bapanya yang datang menumpang di rumah

Sumber: Utusan Malaysia

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*