(Video) Remaja ditahan kerana cederakan rakan enggan hisap kemaluannya

Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun kerana didakwa mencederakan dan mengugut rakannya berusia 11 tahun dengan pisau kerana tidak menuruti kemahuannya untuk melakukan amang seksual.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian itu berlaku di sebuah taman perumahan di Gurun pada jam 4.30 petang kelmarin di mana suspek membawa mangsa menaiki kereta Perodua Kancil ke sebuah kedai.

Ketika berada di dalam kereta, suspek mengarahkan mangsa membuka seluarnya dan menghisap kemaluannya. Mangsa yang enggan menuruti arahan itu menyebabkan suspek berang lalu memukul dan menampar mangsa.

Tidak berputus asa, suspek membawa mangsa ke rumah dan mengarahkan mangsa menghisap kemaluannya. Namun mangsa tetap enggan menuruti arahan suspek.

Suspek berang lalu mencekik leher mangsa dan mencederakannya menggunakan sebilah pisau menyebabkan kanak-kanak itu takut dan terus melarikan diri sebelum memaklumkan kepada bapanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Gurun.

Mangsa disahkan mengalami kecederaan lebam di pipi kanan akibat ditampar dan dipukul suspek. Mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Suspek kini direman selama empat hari untuk siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Terdahulu, video suspek ditangkap dan dikerumuni sekumpulan lelaki dewasa turut tular di media sosial. Dalam video tersebut, kelihatan suspek dipukul bagi memberi pengajaran kepadanya sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Video:

Baca: (Video) Isteri ‘terkam’ atas kereta tangkap suami curang

Sumber: Utusan Malaysia

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*