Connect with us

Viral

(Video) Tiga staff wanita bertempiaran lari dikejar suspek yang mengacu ‘burungnya’ – ‘Tangkas panjat kaunter!’

Tiga pekerja dari sebuah kedai telekomunikasi bertempiaran melarikan diri setelah diganggu dan dikejar oleh seorang lelaki yang tidak berseluar masuk ke dalam premis tersebut.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang pada hari Rabu 10 Mac 2021 di Pantai Timor Shopping Centre, Kota Bharu, Kelantan.

Video berdurasi 1 minit 16 saat itu menunjukkan suspek berbaju oren memasuki premis tanpa seluar sambil menggoyangkan sesuatu di bahagian atas celah kakinya tanpa rasa malu di hadapan dua pekerja wanita.


Dengan tiba-tiba, suspek menyergah dua wanita itu sebelum pergi ke belakang dan kemudian mengejar mereka bertiga. Takut dengan lelaki itu, ketiga wanita itu terus melarikan diri, dengan memanjat kaunter pameran.

Suspek dipercayai tidak siuman atau berada di bawah pengaruh dadah itu kemudian berdiri di kerusi. Selepas beberapa saat, suspek turun ke bawah dan meninggalkan premis tersebut.

Tidak diketahui apa yang terjadi selanjutnya, tetapi netizen menghela nafas lega, kerana ketiga-tiga kakitangan itu dengan cepat bertindak dan melarikan diri dari menjadi mangsa suspek. Walaupun “senjata” yang dibawa oleh suspek tidak peluru, ia berbahaya kerana boleh menyebabkan kesakitan selama berbulan-bulan.


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags