(Video) Wanita pukul budak 5 tahun sebab tak nak makan




Sedang tular di media sosial video menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dipukul menggunakan penyapu oleh wanita yang dipercayai ibunya di sebuah kediaman di Eco Majestic, Semenyih, Selangor.

Berdasarkan video tersebut, wanita berkenaan memaksa anaknya makan dan sesekali memberi amaran kepadanya berhenti menangis dan tidak menumpahkan makanan atau dia akan dipukul.

Namun, apakan daya mangsa yang ketakutan dan tidak memahami arahan tersebut menangis berterusan sebelum si ibu memaksa mangsa menutup mulut menggunakan batang penyapu.

Keengganan mangsa untuk mengunyah makanan diberi menyebabkan dia dipukul oleh ibunya di kedua belah tangannya dan muka.

Kejadian itu turut disaksikan oleh seorang lagi wanita dipercayai warga emas yang duduk di hadapan kanak-kanak terbabit. Namun, dia tidak melakukan apa-apa untuk menghalang si ibu dari terus memukul mangsa.

Dalam video kedua pula menunjukkan, mangsa dipukul menggunakan penyangkut pakaian sehingga meninggalkan kesan birat, lebam dan bengkak di bahagian muka, tangan dan kakinya serta belakang badannya.

Difahamkan, laporan polis telah dibuat dan suspek telah ditahan polis untuk tindakan lanjut.

VIDEO:

@theaqil7

⚠️CHILD ABUSE⚠️ tolong gunakan kuasa korang !!!

♬ original sound – AQIEL – AQIEL

Sumber: Tiktok Aqiel

BACA: (Video) Berang disalam tanpa pandang muka, Pesara tampar kepala anggota TLDM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*