Wabak Tikus Musnahkan Tanaman Dipercayai ‘Malapetaka’

Wabak tikus yang berleluasa dipercayai menjadi sebuah malapetaka besar buat petani di Australia kerana ia memusnahkan tanaman tebu mereka di ladang,  memetik laporan The Mirror.

Difahamkan, tanaman di utara Queensland telah musnah ekoran daripada serangan tikus di Lembah Sungai Herbert berhampiran Townsville, hampir 1,000 batu di utara Brisbane.

Jumlah tikus biasanya dapat dikawal menjelang musim hujan tetapi cuaca kering yang luar biasa telah membolehkan haiwan perosak itu membiak dengan banyak.

Menurut The Mirror, seekor tikus boleh membiak sebanyak 460 ekor anak baharu dalam satu tempoh setahun. Hal ini secara tidak langsung akan mendorong kepada pertambahan populasinya secara drastik.

Sebelum ini, tahun 2023 telah dijangkakan sebagai tahun terbaik dalam rekod untuk para petani tebu, namun sehingga kini tanaman mereka (para petani) tidak membuahkan hasil kerana menjadi sumber makanan kepada haiwan perosak itu.

Wabak Tikus Musnahkan Tanaman
Kredit: The Mirror

Memetik The Sun, seorang petani tempatan, Lawrence Di Bella berkata, “Dalam masa dua minggu, seluruh tanaman akan musnah. Ia adalah tahun paling teruk yang pernah saya lihat dalam kerjaya saya dalam industri ini,”

Tambahnya, “Anda boleh melihat rumput-rumput di padang masih hidup malah anda juga boleh melihat haiwan kecil muncul di mana-mana (padang),”

Namun begitu, para petani juga tidak mahu menggunakan umpan untuk mengawal dan membasmi bilangan haiwan ini kerana kaedah ini dilihat sebagai pilihan terakhir mereka.

Hal ini kerana mengumpan boleh membunuh pemangsa yang memakan bangkai tikus dan berpotensi memusnahkan spesies asli.

Wabak Tikus Musnahkan Tanaman
Kredit: ABC News via The Mirror

Perkara yang sama juga berlaku di pantai timur Australia yang pernah mengalami wabak tikus sehingga mendatangkan kerugian besar kepada petani pada tahun 2021.

Selama berbulan-bulan, berpuluh-puluh juta tikus telah menyerang kawasan ladang sepanjang 600 batu di pantai timur antara Brisbane dan Melbourne.

Bukan sahaja memusnahkan tanaman, malah haiwan perosak itu juga menceroboh unit  penyimpanan makanan, rumah, sekolah dan hospital berdekatan.

Disebabkan itu, bagi mengurangkan populasinya, beribu-ribu liter racun tikus yang dikenali sebagai ‘napalm untuk tikus’ telah digunakan di kawasan ladang petani.

Sumber: The Mirror

The post Wabak Tikus Musnahkan Tanaman Dipercayai ‘Malapetaka’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*