Wajib Tahu, Ini Kaedah Terangkan Sakit Yang Dialami Pada Doktor Agar Ia Mudah Difahami

Wajib Tahu, Ini Kaedah Terangkan Sakit Yang Dialami Pada Doktor Agar Ia Mudah Difahami

Badan manusia sememangnya mudah terdedah kepada pelbagai faktor luaran. Perkara itu serba sedikit memberi kesan terhadap kesihatan anda dalam menjalani kehidupan harian.

Antara penyakit yang sering didengari dalam komuniti kita termasuklah demam, selesema, cirit-birit, ruam, gatal dan lain-lain lagi.

Kebiasaannya, orang ramai akan berjumpa dengan doktor atau mana-mana pakar kesihatan untuk mendapatkan nasihat terhadap simptom penyakit yang dialami mereka.

Walau bagaimanapun, sewaktu berjumpa dengan pakar kesihatan, ramai antara kita sering memberikan maklumat yang tidak tepat atau kurang jelas kepada doktor.

Perkara ini boleh menjejaskan proses penyampaian maklumat secara jelas dan tepat misalnya penyakit yang diterangkan tidak sama seperti yang dialami atau berlainan.

Secara tidak langsung ia mengundang kepada salah tafsiran yang bakal dibuat oleh doktor mengenai penyakit. Realitinya, ramai yang masih tidak jelas berkaitan perkara ini dan memandang enteng sahaja.

Oleh itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara pertuturan yang lebih efektif sewaktu berjumpa doktor. Mari kita ikuti perkongsian oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan di Twitter.

Lima Langkah Mudah Elak Salah Faham Sewaktu Berjumpa Doktor

Tahukah anda, bagaimana kita beritahu masalah kesihatan kita pada doktor, boleh mempengaruhi kefahaman doktor tentang sakit anda.

Jadi, saya nak ajar bagaimana nak buat doktor mudah faham dan jimat masa.

Pertama, beritahu simptom ikut kronologi (aturan masa). Simptom apa datang dulu, beritahu paling awal.

Contoh:

“Saya mula demam 3 hari lepas. Hari kedua mula selsema. Hari ini pula dah sakit tekak”

“Saya gatal satu badan. Mula-mula ruam dekat badan, kemudian naik ke tangan dan kaki.”

Yang kedua, beritahu simptom ikut aturan atas ke bawah (head to toe)

Contoh:

“Saya selsema, sakit tekak & batuk”
(kepala seterusnya hidung seterusnya tekak seterusnya paru-paru)

“Saya pening, muntah, memulas, cirit-birit”
(kepala seterusnya mulut seterusnya perut seterusnya usus)

Ketiga, beritahu simptom ikut sistem organ. Ini kalau simptomnya banyak sangat.

Contoh:

“Saya selsema, sakit tekak & batuk (berkaitan pernafasan). Badan dan sendi pun sakit (berkaitan tubuh). Lepas tu ada juga loya, memulas dan cirit (berkaitan penghadaman).”

Yang keempat, kalau 2-3 ahli keluarga sakit, selesaikan satu-satu. Jangan beritahu simptom semua orang serentak.

Contoh:

“Ali, demam & selsema”
Biar doktor periksa Ali

“Abu, sakit tekak & batuk”
Biar doktor periksa Abu

Jangan:

“Ali, demam & selsema. Abu, sakit tekak & batuk, Ahmad muntah”

Yang terakhir, kalau mampu, gabungkan semua aturan tadi dan beri maklumat lebih terperinci. (Kalau tak mampu, tak apa)

Contoh:

“Saya sakit dah 3 hari.

Hari pertama saya selsema, hingus jernih.

Hari kedua, mula batuk, kahak dan hingus dah hijau.

Hari ni mula demam, dan sakit-sakit badan.”

Oh ya, jika ada penyakit kronik (asma, kencing manis, darah tinggi, dan sebagainya) serta alahan, jangan lupa beritahu doktor. Penting tu.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

The post Wajib Tahu, Ini Kaedah Terangkan Sakit Yang Dialami Pada Doktor Agar Ia Mudah Difahami appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*