Waktu Perkhidmatan LRT, MRT Dan Monorel Esok Dilanjutkan Sehingga 1 Pagi – RapidKL

Waktu perkhidmatan LRT

Waktu perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel esok dilanjutkan sehingga 1 pagi – RapidKL

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) — Bagi memenuhi keperluan operasi sempena malam Tahun Baru 2023 beberapa stesen Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel akan dilanjutkan operasinya esok sehingga pukul 1 pagi.

Rapid KL menerusi hantaran di laman media sosial mereka memaklumkan stesen-stesen yang terlibat bagi laluan LRT Ampang atau Sri Petaling ialah stesen Masjid Jamek, Maluri, IOI Puchong dan PWTC.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Bagi laluan LRT Kelana Jaya pula,  stesen KLCC dan Masjid Jamek, sementara laluan MRT Kajang di stesen Bukit Bintang dan Maluri, manakala laluan KL Monorel, hanya di stesen Bukit Bintang.

Menurut RapidKL, stesen-stesen lain akan ditutup seperti biasa, namun penumpang masih boleh keluar di stesen tersebut.

“Pengguna juga disaran menggunakan kad Touch N Go dan pastikan baki mencukupi untuk kelancaran perjalanan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Waktu Perkhidmatan LRT, MRT Dan Monorel Esok Dilanjutkan Sehingga 1 Pagi – RapidKL appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*