Dah ‘Tak Tahan’, Wanita Mahu ‘Cerai’ Selepas 24 Jam ‘Kahwin’ Diri Sendiri

sofi maure bercerai diri sendiri

Dah ‘Tak Tahan’, Wanita Mahu ‘Cerai’ Selepas 24 Jam ‘Kahwin’ Diri Sendiri

Seorang wanita yang ‘berkahwin’ dengan diri sendiri dilapor nekad ‘bercerai’ selepas hanya meluangkan masa selama 24 jam dalam ‘rumah tangga’ tersebut.

Menurut laporan The Indipendent, Sofi Maure, 25, mengumumkan berita perkahwinan itu pada Februari lepas. Pengumuman tersebut disertai beberapa foto dirinya mengenakan veil panjang berwarna putih dan tiara berwarna emas.

Sofi turut berkongsi bahawa telah membeli kek perkahwinan bagi meraikan hari bahagia tersebut.

”Hari ini merupakan salah satu detik luar biasa dalam hidup. Saya telah membeli sehelai gaun dan kek perkahwinan kerana bakal berkahwin dengan diri sendiri,” katanya.

Pengumuman tersebut nyata mendapat pelbagai komentar daripada netizen, khususnya dalam kalangan pengikut sendiri.

Ada dalam kalangan pengikutnya yang berharap dapat mengikuti jejak langkahnya berkahwin dengan diri sendiri. Selain itu, seorang netizen juga sempat berseloroh bahawa dia akan berkahwin dengan diri sendiri apabila cukup wang nanti.

Walaupun ramai yang mendoakan ‘rumah tangga’ Sofi, ada juga yang berpendapat dia cuma mahu mencari perhatian sahaja.

Pempengaruh dengan lebih 500,000 pengikut

Difahamkan, Sofi merupakan seorang pempengaruh yang memiliki lebih 500,000 pengikut di Twitter dan Instagram.

24 jam kemudian, wanita ini mahu cerai diri sendiri

Walaupun meraih pelbagai sokongan dari para pengikutnya, mahligai yang dibina Sofi nyata tidak dapat bertahan lama.

Sofi memaklumkan bahawa dia ingin bercerai dengan diri sendiri pada 20 Februari lepas, sehari selepas  berkahwin.

“Kemas kini: pada hari pertama saya berkahwin dengan diri sendiri, saya tidak dapat menanggungnya lagi. Saya mula mempertimbangkan keputusan untuk bercerai,” katanya.

Pengumuman tersebut lantas menuai pelbagai komen jenaka daripada pengikutnya.

sofi maure bercerai diri sendiri
Kredit: Twitter

Salah seorang berpesan dia tidak perlu bimbang, kerana penceraian kerap berlaku dalam tempoh masa tiga bulan selepas berkahwin.

Manakala seorang lagi mencadangkan Sofi supaya mencari peguam yang bagus untuk menguruskan penceraian tersebut.

Ada juga yang berkata, Sofi sepatutnya berfikir secara mendalam sebelum berkahwin dan mencari ‘pasangan’ yang sesuai dengan diri sendiri.

BACA: Pandangan Tajam, ‘Mata’ Mauna Kea ‘Merenung’ Langit Dirakam ISS

Sumber: The Independent 

The post Dah ‘Tak Tahan’, Wanita Mahu ‘Cerai’ Selepas 24 Jam ‘Kahwin’ Diri Sendiri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*