Wanita bermisai tak terkesan dengan kritikan negatif di media sosial

Seorang wanita India yang bermisai menarik perhatian ramai sehingga ada yang bertindak mengejek penampilannya yang dikatakan ‘pelik’ itu. Namun, tuan empunya badan berkata dia tidak terkesan dengan semua komen negatif tersebut.

“Saya suka misai saya,” kata Shyja berusia 35 tahun dalam kapsyen gambar dirinya yang dimuat naik di status WhatsApp.

Bagi mereka yang melihat gambarnya di media sosial atau bersemuka dengannya di luar kerap bertanya kenapa dia bermisai.

“Apa yang saya boleh katakan adalah, saya sangat menyukainya,” katanya.

Shyja tinggal di daerah Kannur, Kerala di selatan India. Seperti kebanyakan wanita, Shyja mempunyai misai nipis yang tumbuh di bahagian atas bibirnya sejak kecil dan ketebalan misainya semakin bertambah sejak lima tahun lalu.

Dia tidak pernah terfikir untuk membuang misai tersebut, malah tidak boleh hidup tanpa misai.

“Saya tidak boleh membayangkan hidup saya tanpa misai sekarang. Ketika pandemik Covid-19, saya tak suka pakai pelitup muka sepanjang masa kerana ia menutup wajah saya,” katanya.

Ramai orang yang melihat penampilannya mendesak dia untuk membuang misai tetapi Shyja menolak dan tetap dengan pendiriannya untuk bermisai.

“Saya tak pernah merasakan bahawa saya tidak cantik kerana saya memiliki ini atau itu sesuatu yang tidak seharusnya saya miliki,” katanya.

Sumber: BBC

BACA: Wanita Nekad ‘Terajang’ Halau Lelaki Keluar Dari Kafe, Selamba Lucut Seluar Depan Orang

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*