Wanita Dirakam Tertidur Sambil Pandu Tesla Tengah “Highway”

wanita tertidur tesla

Wanita Dirakam Tertidur Sambil Pandu Tesla Tengah “Highway”

Seorang wanita dirakam tertidur ketika sedang memandu Tesla di lebuh raya California minggu lalu, lapor People.com.

Kejadian itu disedari oleh Vasiliki Dolas dan pasangannya yang sedang melalui 15 Freeway berhampiran Temecula pada Khamis lalu.

Mereka dilaporkan telah ternampak seorang pemandu wanita yang kelihatan tertidur sambil memandu Tesla tersebut.

Dolas kemudiannya bertindak merakam insiden itu dengan kameranya. Dia juga telah mengikuti Tesla tersebut selama 15 minit sebelum menghubungi polis untuk melaporkan kejadian itu.

“Dia telah tertidur,” kata Dolas kepada FOX.

“Kami terus berkata, ‘seseorang tolong bangunkan Sleeping Beauty ini’.” kata Dolas lagi.

Pegawai Peronda Lebuhraya California (CPH) Mike Lassig memberitahu KTVU bahawa pihaknya tidak berjaya mengesan pemandu tersebut. Jadi tidak jelas sama ada dia sedang tidur, mabuk atau sedang mengalami masalah kesihatan.

“Ia adalah misteri,” kata Lassig.

CPH juga dikatakan tidak segera menjawab permintaan People bagi mendapatkan ulasan lanjut berkenaan kejadian.

Berdasarkan video Dolas yang dikongsikan oleh Storyful, pemandu Tesla itu boleh dilihat mendongak ke atas sambil kenderaannya memandu laju di lebuh raya berkenaan.

Dolas memberitahu KABC-TV bahawa Tesla tersebut akan memecut sedikit laju dan kemudiaanya perlahan, walaupun tidak banyak kenderaan berada di hadapannya.

BACA: Proteo, Anjing SAR Dari Mexico Terkorban Ketika Bertugas Cari Mangsa Gempa Bumi

Memetik People lagi, pemandu itu dilihat memakai cermin mata hitam dan tidak bertindak balas dengan Dolas. Dolas yang cuba menarik perhatian pemandu tersebut terus tidak diendahkan.

“Kami mula membunyikan hon untuk cuba menarik perhatiannya kerana dia mungkin mengalami kecemasan atau sesuatu,” kata wanita Las Vegas itu kepada KTLA.

Dolas kemudiannya telah bertindak untuk melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa kerana keadaan trafik semakin mula dipenuhi kenderaan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak dapat mengejar Tesla wanita itu.

Undang-undang di California telah mengharamkan pemandu untuk tidur atau tidak sedarkan diri semasa memandu mana-mana kereta, kata Lassig lagi.

Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan juga sedang menyiasat isu dengan ciri autopilot dan pandu sendiri Tesla, menurut beberapa saluran berita.

“Pemandu kenderaan sedar bahawa mereka perlu berada dalam keadaan sedar dan berjaga supaya boleh mengawal kenderaan mereka,” kata Lassig, menurut outlet itu.

Sumber: People.com

The post Wanita Dirakam Tertidur Sambil Pandu Tesla Tengah “Highway” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*