Wanita ditumbuk bertubi-tubi sebaik saja keluar dari lif, disamun RM150

Seorang wanita ditumbuk tanpa belas kasihan sebelum disamun oleh seorang lelaki dalam kejadian yang berlaku di hadapan lif pangsapuri.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan kejadian itu berlaku pada jam 12.45 pagi di sebuah pangsapuri di Jalan Metro Perdana, Kepong, kelmarin yang membabitkan mangsa berusia 28 tahun.

Siasatan mendapati, mangsa yang baru berjalan keluar dari lif secara tiba-tiba dihampiri suspek yang sudah menunggu di hadapan lif, bertindak menekup muka dan menarik mangsa ke tepi tangga.

Mangsa ditumbuk di bahagian muka bertubi-tubi yang menyebabkan kecederaan di hidung dan bengkak di muka.

Suspek kemudian menekup mulut mangsa sehingga pengsan, lalu melarikan wang tunai milik mangsa berjumlah RM150.

Mangsa yang cedera di bahagian muka dan pendarahan di kedua-dua belah mata, dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

Susulan kejadian itu, polis telah menahan suspek berusia 35 tahun pada jam 4 petang hari yang sama.

Semakan mendapati, suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan keputusan ujian saringan air kencingnya juga didapati negatif.

Suspek direman selama lima hari untuk siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan.

BACA: Remaja OKU dirogol 2 kenalan bapanya yang datang menumpang di rumah

Sumber: Harian Metro

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*