Wanita insaf selepas tiduri 700 lelaki

Seorang wanita dari Australia mengaku pernah tidur dengan 700 lelaki semasa dia berdepan masalah ketagihan seks, lapor akhbar Daily Star UK semalam.

Belinda Rygeir berkata ketika ketagihannya berada di fasa yang paling dahsyat, dia akan cuba ‘memancing’ mana-mana lelaki secara rawak termasuk di pasar raya untuk mengadakan hubungan intim.

“Ada masanya ketika saya sedang membeli barang dapur dan terserempak dengan lelaki tidak dikenali lalu terfikir ‘adakah dia akan berminat dengan saya?

“Pada saat itu, kawalan kendiri saya memang tidak berfungsi dan apa yang bermain di fikiran adalah bagaimana untuk menghilangkan ketagihan itu,” katanya.

Bagaimanapun, zaman ‘gelap’ itu berakhir apabila Rygeir berdepan insiden dipukul oleh salah seorang pasangannya hingga meninggalkan kesan trauma yang mendalam pada dirinya.

Kejadian yang berlaku beberapa tahun lalu menyaksikan wanita itu dibelasah sehingga mata lebam, ditolak jatuh tangga dan menyebabkan tangannya patah.

“Selepas kejadian itu, saya mengambil keputusan untuk mengubah gaya hidup dan mula mengikuti kelas mengendalikan masalah ketagihan itu secara serius.

“Kini, keadaan saya semakin pulih dan saya menggunakan pengalaman yang ada untuk membantu wanita lain yang berdepan masalah serupa,” jelasnya. – Agensi

BACA: Isteri cekup suami dengan bekas kekasih dalam bilik tidur

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*