Wanita maut dilanggar lori kontena ketika di bahu jalan

KUALA KANGSAR – Seorang wanita maut dilanggar sebuah lori kontena di Kilometer 235.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini.

Mangsa, B. Karthigayayini, 37, yang mengalami kecederaan parah disahkan maut di tempat kejadian.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika kereta jenis Honda Civic dinaiki mangsa dan dua individu lain berhenti di bahu jalan kerana mengalami kerosakan.

Sebuah lori kontena tanpa muatan dikatakan telah melanggar mangsa yang ketika itu berada di sisi kereta tersebut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, maklumat kemalangan membabitkan dua buah kenderaan itu diterima pada pukul 5.23 pagi.

“Kemalangan tersebut mengakibatkan seorang wanita disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Tiada mangsa yang tersepit dalam kejadian itu dan pemantauan dilakukan di lokasi bagi memastikan tiada mangsa lain yang terlibat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Wanita maut dilanggar lori kontena ketika di bahu jalan appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*