Wanita Naik Angin, Dilarang Masuk IPD Kajang Untuk Buat “Report” Kerana Berseluar Pendek

Dilarang Masuk IPD Kajang

Wanita Naik Angin, Dilarang Masuk IPD Kajang Untuk Buat “Report” Kerana Berseluar Pendek

Seorang wanita tempatan naik berang gara-gara dihalang daripada memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kerana memakai pakaian yang tidak sesuai dengan berseluar pendek di atas paras lutut semalam, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zain berkata, wanita berusia lingkungan lewat 30-an itu telah hadir ke IPD bagi tujuan membuat laporan berhubung satu kejadian kemalangan jalan raya.

“Kira-kira jam 10.30 pagi, seorang wanita dalam lingkungan umur 35-40 tahun yang menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) telah datang ke IPD Kajang memaklumkan ingin membuat laporan polis berkaitan kemalangan kereta.

“Anggota sentri mendapati wanita berkenaan memakai seluar pendek paras paha (di atas paras lutut) dan telah menasihatinya supaya menukar seluar yang lebih sesuai selaras etika pemakaian di premis kerajaan,” katanya dalam kenyataan pada hari ini.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Menurut Mohd Zain lagi, wanita tersebut bagaimanapun enggan mendengar arahan tersebut malah mula membuat provokasi terhadap anggota polis berkenaan.

“Anggota bertugas sekali lagi menasihatinya secara berhemah dan memintanya menukar seluar yang lebih sesuai jika ingin berurusan di balai polis.

“Wanita terbabit kemudiannya telah memandu keluar dari balai sebelum datang semula sekitar 15 ke 20 minit kemudian bersama dua rakan dan didapati telah memakai seluar panjang,” katanya.

Tambah beliau lagi, kejadian itu hanya tular selepas ia dilaporkan oleh sebuah media tempatan yang telah bertindak memuat naik gambar wanita tersebut memakai seluar panjang dan mendakwa ia dilarang masuk walaupun dengan berpakaian yang sesuai.

“Pemakaian seluar panjang sebagaimana di dalam gambar yang tular adalah setelah dia menukar seluar selepas dinasihatkan oleh anggota bertugas.

“Untuk makluman IPD Kajang berurusan dengan orang ramai dalam anggaran 300 orang dalam sehari dan tiada apa-apa masalah yang timbul mengenai isu pakaian.

“Gambar etika pakaian pelawat ketika berurusan dalam premis kerajaan juga dilekatkan pada pos kawalan sebagai rujukan,” ujar beliau lagi.

Sumber: Sinar Harian

The post Wanita Naik Angin, Dilarang Masuk IPD Kajang Untuk Buat “Report” Kerana Berseluar Pendek appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*