Wanita parah dipukul bakal suami menjelang hari pernikahan

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia ditahan polis kerana kesalahan penganiayaan selepas memukul bakal isterinya, lapor laman berita Suara.com.

WMN, 28, memukul bakal isterinya, AS, 21, yang menetap di Kampung Sumberagung. Daerah Rejotangan.

Ketua polis Rejotangan, Puji Hartanto berkata, kejadian itu berlaku beberapa hari menjelang pernikahan pasangan itu.

“Kami menahan suspek atas aduan bakal isterinya, AS. Mereka bertengkar kerana AS mendapati WMN mabuk selepas minum arak,” kata Puji.

Kejadian itu berlaku pada Selasa lalu sekitar pukul 8.30 malam (waktu tempatan) di rumah WMN.

AS ketika kejadian ingin melawat rumah WMN bagi memastikan persiapan perkahwinan berjalan dengan lancar.

Namun setibanya dia di rumah bakal suami, WMN kelihatan mabuk dan berbau alkohol. AS marah dan menyoal WMN, namun lelaki itu menjadi marah dan mereka bertengkar.

WMN yang berang memukul bakal isterinya di kepala, lengan, perut, punggung, serta menolaknya jatuh di lantai.

Akibat dipukul, AS cedera parah dan dikejarkan ke Pusat Kesihatan Rejotangan. Dia ditemani keluarganya untuk membuat laporan polis. 

Selepas itu, mangsa dirawat semula kerana mangsa masih belum pulih sepenuhnya. Suspek kini ditahan di Balai Polis Rejotangan. – Agensi

 

The post Wanita parah dipukul bakal suami menjelang hari pernikahan appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*