Wanita Tanpa Kepala Terdampar Di Pantai, Ingatkan Mayat Rupanya-rupanya..

Kemunculan seorang wanita tanpa kepala ditemui terdampar di pantai, ramai ingatkan ia mayat sebenar namun rupanya-rupanya hanyalah..

Pengunjung di sebuah pantai dalam daerah Bang Saen di Chonburi, timur Thailand berdepan detik cemas apabila sekujur tubuh ‘mayat‘ wanita ditemui terdampar tanpa kepala, lapor Daily Star.

Insiden tubuh tanpa kepala yang terdampar di pantai berkenaan turut mengakibatkan penduduk tempatan terkejut hingga mereka tekad untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Bagaimanapun setelah pihak polis dan bantuan perubatan bergegas ke lokasi kejadian, mereka mendapati bahawa tubuh ‘mayat’ wanita tersebut sebenarnya ialah sebuah patung seks jenis silikon.

Perkara itu membuatkan puluhan pengunjung di pantai berkenaan berasa tertipu dengan penemuan tersebut yang pada awalnya disangka mayat.

Menurut jurucakap polis daerah Bang Sean, “Pasukan penyelamat menerima makluman daripada orang ramai bahawa mereka melihat seorang wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Anggota penyelamat kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati bahawa ia rupanya hanyalah sebuah patung,” katanya.

Tambah jurucakap itu lagi, kepala patung berkenaan telah hilang dengan bahagian bawahnya (badan) terdedah, di samping menyatakan harganya dipercayai bernilai lebih RM2,500.

“Kami percaya bahawa anak patung itu telah dibuang ke dalam sungai atau saliran sebelum memasuki laut dan dihanyutkan sehingga pantai. Ia telah dialihkan dari kawasan itu.

“Sekiranya pemilik mahu menuntut semula patung tersebut, mereka boleh mengambilnya di balai bomba dan penyelamat,” katanya lagi.

BACA: (Video) Lelaki keliru selamatkan kekasih atau telefon pintar

Sumber: Daily Star

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*