Wanita Terpaksa Dibedah, Peluru Sesat Tembusi Kemaluan Ketika Sedang Berehat Di Rumah

Peluru sesat

Wanita Terpaksa Dibedah, Peluru Sesat Tembusi Kemaluan Ketika Sedang Berehat Di Rumah

Seorang wanita di Somalia bernasib malang kerana terpaksa dibedah selepas terkena peluru sesat tepat di kemaluannya ketika sedang berehat di rumah.

Memetik Daily Star, laporan berkenaan kejadian tersebut telah diterbitkan dalam International Journal of Surgery Case Reports baru-baru ini.

“Ia merupakan ilmu baru buat kami, ini adalah kecederaan peluru pertama yang menembusi kawasan vulva (bahagian luar alat kelamin wanita) dengan peluru yang tersekat di klitoris wanita itu” tulis penulis kajian tersebut.

Menurut kajian tersebut, pesakit berusia 24 tahun yang tidak disebutkan namanya sedang berehat di rumah, lalu secara tiba-tiba peluru sesat menembusi silingnya dan mengenai di bahagian bawahnya.

Wanita yang cemas itu kemudiannya melaporkan perkara tersebut ke Hospital Erdogan di Mogadishu. Imbasan CT mendedahkan bahawa terdapat peluru yang telah tersekat di bahagian kemaluan wanita berkenaan.

Kredit Daily Star

“Kami berfikiran bahawa ianya jarang berlaku dan menarik,” tulis pengkaji itu lagi.

Mereka juga berkata bahawa peluru tersebut bergerak dengan halaju yang rendah, justeru ia tidak mengancam nyawa wanita itu.

Pakar bedah membius wanita itu sebelum mengeluarkan peluru berkenaan dari bahagian sulitnya.

Kredit Daily Star

Pembedahan berjalan dengan lancar

Pembedahan berjalan dengan lancar dan wanita itu tidak mengalami sebarang komplikasi selepas pembedahan tersebut.

Wanita itu juga dibenarkan keluar dari hospital pada keesokan harinya berikutan sudah semakin pulih.

Menurut jurnal itu lagi, temu janji susulan sebulan kemudian mendapati mangsa berada dalam keadaan yang sihat.

Penulis kajian melaporkan bahawa kes “trauma vulvis” yang tidak berkaitan dengan kehamilan adalah sangat jarang berlaku.

Kecederaan itu selalunya disebabkan oleh aktiviti sukan, termasuk kecederaan terkangkang, melecur, gigitan haiwan/manusia dan serangan seksual.

BACA: Ada 800 Kedai Pakaian, Ni Tempat Terbaik Korang Beli Baju Raya, Senang ‘Match’ Satu Keluarga

Sementara itu, kecederaan tembakan biasanya dilihat dalam “trauma medan perang atau kawasan bandar yang besar dengan implikasi kes jenayah.”

“Kecederaan ringan yang disebabkan peluru berkelajuan rendah biasanya dilihat di kawasan kediaman di negara-negara yang dilanda perang seperti Somalia,” tulis penulis kajian tersebut.

Walau bagaimanapun, ini bukan kes yang pertama melibatkan kecederaan di bahagian sulit seseorang.

Tahun lepas, seorang bidan mendedahkan bahawa dia menjumpai pelbagai barangan pelik dari bahagian kemaluan seorang wanita.

Barangan tersebut termasuk kuku palsu, penutup pen dan juga seluar bikini.

Sumber: New York Post

The post Wanita Terpaksa Dibedah, Peluru Sesat Tembusi Kemaluan Ketika Sedang Berehat Di Rumah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*