Wanita UMNO cedera, van terbalik sewaktu pulang PAU

KUANTAN – Sembilan wanita UMNO yang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Persidangan Agong UMNO (PAU) cedera selepas van dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di Kilometer 240.6 Lebuh Raya Pantai Timur di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 5.50 petang itu berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kemaman, Terengganu.

“Apabila sampai di tempat kejadian van dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun dipercayai terbabas ketika cuba mengelak sebuah kereta di hadapan mereka yang tiba-tiba membrek secara mengejut.

“Akibat kemalangan sembilan penumpang mengalami kecederaan ringan manakala pemandu van tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya kesemua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, mendapati kemalangan berlaku di atas kecuaian pemandu yang tidak dapat mengawal kenderaan semasa memandu. – KOSMO! ONLINE

The post Wanita UMNO cedera, van terbalik sewaktu pulang PAU appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*