WHO Pantau Subvarian Baharu Covid-19 Arcturus Di India, Kes Meningkat Mendadak

subvarian arcturus india

WHO Pantau Subvarian Baharu Covid-19 Arcturus Di India, Kes Meningkat Mendadak

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dilapor memantau rapi subvarian Covid-19 baharu, Arcturus yang dipercayai menjadi punca peningkatan kes secara mendadak di India.

Menurut The Straits Times, virus Omicron sub-varian XBB.1.16 itu pertama sekali dikesan pada lewat Januari. Subvarian ini merupakan kombinasi daripada dua varian virus Omicron yang berlainan.

WHO berkata, subvarian ini mengalami satu mutasi tambahan pada bahagian ‘spike’ proteinnya. Laporan makmal mendapati Arcturus memiliki daya kebolehjangkitan lebih tinggi, serta  peningkatan potensi patogenikya.

Simptom-simptom bagi individu yang dijangkiti XBB.1.16 dilaporkan mirip dengan varian-varian sebelumnya. Simptom-simptom itu termasuklah demam, sesak nafas dan batuk.

Walau bagaimanapun, mereka yang dijangkiti varian ini turut melaporkan beberapa simptom tambahan seperti konjunktivitis dan mata berair.

Satu kajian di University of Tokyo menunjukkan, Arcturus hampir 1.2 kali lebih mudah merebak daripada varian XBB.1.5. Variann XBB.1.5 yang dikenali sebagai Kraken yang merupakan subvarian yang paling cepat merebak setakat ini.

Memetik laporan Telegraph, beberapa kes jangkitan subvarian Arcturus dilaporkan dalam kalangan bayi.

Subvarian Artcturus tidak meningkatkan kadar kemasukan pesakit ke hospital

“Kita perlu sentiasa berwaspada, pada sama yang sama, tiada perkara serius yang perlu dibimbangkan. Setakat ini, sub-varian Omicron yang merebak dalam di negara ini (India) tidak membawa kepada peningkatan kadar kemasukan ke hospital,” kata Menteri Kesihatan India,  Mansukh Mandaviya.

Untuk makluman, Arcturus merupakan salah satu daripada 600 subvarian Omicron yang mula dikesan pada lewat Januari 2023.

Selain India, subvarian ini turut dikesan di lebih dari 20 buah negara termasuk, Singapura, Amerika Syarikat, Britain dan Australia.

Pada 2021, India menerima impak buruk daripada gelombang varian Delta apabila seramai 4.7 juta nyawa terkorban, berdasarkan anggaran dari WHO.

Sistem kesihatan negara tersebut mengalami kelumpuhan ketika peningkatan kes varian Delta secara mendadak. Ketika itu, premis kesihatan menjadi sangat sesak sehingga beberapa hospital dilaporkan kehabisan sumber bekalan oksigen.

BACA: Bersuamikan Anak Patung, Wanita Dakwa Sedang Hamil ‘Anak’ Kedua

Sumber: The Straits Times

The post WHO Pantau Subvarian Baharu Covid-19 Arcturus Di India, Kes Meningkat Mendadak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*