Connect with us

Semasa

‘You perah sendiri ke susu tu?’ – Ejen produk susu Nilofa buat laporan polis diganggu secara seksual

Viral di media sosial, seorang wanita berusia 28 tahun tweet mendakwa dia diganggu secara seksual oleh seorang polis bernama Logan di sekatan jalan raya Putrajaya (SJR) pada pukul 9.05 pagi, Sabtu, 27 Mac 2021 di pintu keluar dari Putrajaya ke lebuh raya SKVE dan LDP.

Menurut wanita itu, tindakan anggota yang terlibat membuatnya merasa malu kerana beberapa anggota lain, termasuk tentera dan polis trafik SJR, juga ketawa ketika kejadian yang tidak diingini itu berlaku.

“Saya diganggu secara seksual oleh anggota polis bernama Logan jika saya tidak silap. Dia bertanya kepada saya ke mana saya ingin pergi, saya memberitahu,”Nak pergi deliver susu Nilofa”. Dan dia berkata,”You perah sendiri ke susu tu?”. Dan seperti b***h tak bertamadun, askar dengan polis trafik kat situ bantai gelak.


“Pakai tudung labuh dan diganggu secara seksual, perbuatan yang tak boleh diterima. Tolong ambil tindakan,” tulisnya di Twitter.

Dalam kenyataan media oleh Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Hj Mohd Fadzil Ali, yang dikeluarkan hari ini, mengatakan bahawa pegawai polis yang dituduh melakukan gangguan seksual telah membuat laporan polis untuk menafikan tuduhan itu.

“Pegawai polis berkenaan telah membuat laporan berkenaan hantaran yang dimuat naik oleh seorang wanita yang mendakwa telah berlaku gangguan seksual melalui perkataan yang tidak sopan oleh pegawai polis yang bertugas di SJR di Putrajaya. Laporan itu dibuat kerana menurut pengadu, dakwaan wanita itu itu adalah tidak benar,” katanya.

Dia juga memaklumkan bahawa wanita itu juga turut membuat laporan polis pada hari yang sama. Dalam laporannya, dia dalam urusan perniagaan produk minuman susu pada masa itu. Setibanya di tempat kejadian, dia telah disoal dengan ayat “You perah sendiri ke susu tu?”.

Pertanyaan polis itu membuatnya tidak selesa dan dia lalu memuat naik perkongsian mengenai insiden itu di akaun Twitternya.

Siasatan awal polis mendapati bahawa pegawai polis itu telah menafikan tuduhan tersebut. Sebaliknya dia bertanya berkenaan produk tenusu itu dengan ayat, “You buat sendiri ke susu tu?”. Petugas lain termasuk pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berada di lokasi juga menafikan berlakunya gangguan seksual sebagaimana dakwaan wanita tersebut.

“Kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat dakwaan yang dibuat oleh kedua-dua pihak. Kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dan akan dirujuk kepada pihak Jabatan Peguam Negara untik tindakan lanjut,” katanya.


Mohd Fadzil juga memberi jaminan bahawa siasatan akan dilakukan secara telus, tanpa kompromi. Mereka yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Muhamad Shamin Abul Qasim (Pegawai Penyiasat) di talian 03-8886 2068.


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags